web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tujuh Dua Belas - Filem Aksi Pertarungan Hebat Yang Didominasi Farali Khan Dan Pesilat Indonesia, Chintya Candranaya

Tidak ada istilah cuba bersaing atau menyerlah di antara satu sama lain sebaliknya aksi dan pertaruhan mereka akan membuatkan penonton ‘puas’ dan berbaloi menonton filem shero (she hero - watak wanita sebagai hero) ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:10PM

Barisan pelakon dan kru yang menjayakan filem Tujuh Dua Belas. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Timbul perasaan gembira tatkala menonton sebuah filem bergenre aksi yang berlainan sedikit dari cerita seram dan romantis yang selalu mengisi jadual tayangan panggung.

Tidak kisah genre filem apa yang dihasilkan, cuma sedikit teruja menerima perbezaan daripada sentuhan anak tempatan.

Filem Tujuh Dua Belas menarik hati bukan sahaja kerana posternya, tetapi tajuk filem ini juga sangat ‘catchy’. Tambahan pula dengan gandingan pelakon dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang jarang-jarang kita lihat berkolaborasi bersama.

Filem bergenre penuh aksi ini dicetuskan oleh penggiat seni Thorpe Ali yang sebelum ini pernah menghasilkan filem Hijabsta Ballet.

Tujuh Dua Belas telah menjalani penggambaran pada tahun 2020. Namun dua minggu selepas penggambaran, seluruh negara diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penggambaran filem ini tertangguh selama enam bulan.

Menariknya Tujuh Dua Belas ini, sebuah karya yang menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama dan mengetengahkan seni mempertahankan diri.

Pesilat kelahiran Indonesia yang popular di media sosial, Chintya Candranaya. - Gambar PR
Pesilat kelahiran Indonesia yang popular di media sosial, Chintya Candranaya. - Gambar PR

Malah filem ini juga turut menampilkan pesilat kelahiran Indonesia yang popular di media sosial iaitu Chintya Candranaya.

Filem ini mengisahkan tentang Safia, seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia.

Sekitar jam 7 pagi, Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Candranaya) sebelum ke lapangan terbang untuk bercuti di kampung Desi.

Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki. Dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan. Anak saudaranya Adam juga diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah kerana bimbang Adam akan ditembak.

Johan As'ari membawakan watak antagonis Bentayan. - Gambar PR
Johan As'ari membawakan watak antagonis Bentayan. - Gambar PR

Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.

Sepanjang menonton hampir dua jam, filem ini membuka mata penulis tentang betapa hebatnya lakonan Farali Khan ketika membawa watak Safia. Farali Khan yang sememangnya memiliki asas seni bela diri, memastikan semua babak aksinya nampak realistik.

Lebih-lebih lagi ketika babak aksi pertarungan bersama Johan As’ari, sememangnya ia pasti akan menarik perhatian penonton.

Tidak kurang juga, lakonan dan aksi mantap Chintya Chandranaya. Aksi lasak seperti pertarungan dan babak-babak menampilkan seni mempertahankan diri memang sangat mengagumkan  dan ‘hidup’.

Interaksi dan kerjasama antara dua pelakon hebat ini juga dijayakan dengan sangat sempurna. - Gambar PR
Interaksi dan kerjasama antara dua pelakon hebat ini juga dijayakan dengan sangat sempurna. - Gambar PR

Interaksi dan kerjasama antara dua pelakon hebat ini juga dijayakan dengan sangat sempurna yang pastinya akan membuat anda tidak mahu terlepas pandang sepanjang tontonan.

Kedua-dua pelakon ini tampil dengan lakonan serta aksi yang seimbang. Tidak ada istilah cuba bersaing atau menyerlah di antara satu sama lain sebaliknya aksi dan pertaruhan mereka akan membuatkan penonton ‘puas’ dan berbaloi menonton filem shero (she hero- wanita sebagai hero) ini.

Selain dihidangkan dengan aksi lakonan yang mantap, filem ini juga menyajikan sindiket penculikan kanak-kanak bagi penjualan organ.

Diambil daripada inspirasi rantaian isu sebenar yang pernah dilalui, filem ini turut membawa nostalgia ‘van putih’ yang suatu ketika menjadi mimpi ngeri kanak-kanak.

Pembawaan watak dan babak aksi oleh para pelakon serta mesej yang dibawakan pastinya menjadi kelebihan filem ini. - Gambar PR
Pembawaan watak dan babak aksi oleh para pelakon serta mesej yang dibawakan pastinya menjadi kelebihan filem ini. - Gambar PR

Bagi penulis, alur ceritanya agak simple dan senang diramal, namun pembawaan watak dan babak aksi oleh para pelakon serta mesej yang dibawakan pastinya menjadi kelebihan filem ini.

Penulis tidak mahu memberikan spoiler apa yang bakal terjadi. Namun setiap sindiket bermula dengan sebuah tragedi. Tujuh Dua Belas ini menampilkan sindiket terbesar sedang berlaku di seluruh dunia.

Tujuh Dua Belas sudah mula menemui penonton di seluruh pawagam tempatan sejak semalam. Turunlah ke panggung dan bersedialah menonton babak-baak yang ganas dalam sebuah kebenaran. - Getaran, 5 Mei  2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Baru Dedah Perkahwinan - Farali Khan Tak Gemar Canang Cerita Peribadi, Kini Hamil 7 Bulan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...