web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Ketiga GV9 – Haida Tersingkir, Shila Amzah Juara, Nabil Sambut Ulang Tahun, Kak Lina ‘Meliar’

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan kembali gamat dengan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 3:03PM

Pelbagai aksi Gegar Vanganza minggu ketiga - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung konsert ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) di mana menyaksikan Haida menjadi peserta kedua yang tersingkir dari pertandingan ini.

Untuk minggu ketiga ini, kesemua 12 peserta perlu menyanyikan lagu yang telah dipilih netizen dan Haida telah menyampaikan lagu ‘Nang’ nyanyian asal Iman Troye. 

Biarpun ketua juri iaitu Datuk Ramli MS (Tokram), memuji persembahan Haida dan menganggap ia sangat ‘cute’, namun perjuangan Haida di pentas GV9 hanya bertahan sehingga minggu ketiga. 

Menurut Haida atau nama sebenarnya Siti Haida Hasnan, 41, dia menyedari telah melakukan kesilapan dalam nyanyiannya. 

Haida ketika membuat persembahan
Haida ketika membuat persembahan

“Sebenarnya saya rasa saya tidak bersatu dengan lagu ini. Tetapi kesalahan paling ketara yang saya lakukan adalah ada satu bahagian yang saya tarik panjang tetapi tak tepat dan putus nafas. Itu yang paling bahaya sekali kerana di bahagian itu adalah muzik ‘bridge’ (berhenti). 

“Kalau ikutkan lagu asal bahagian itu pendek sahaja. Tetapi saya ambil risiko untuk panjangkan sedikit. Sebenarnya untuk lakukan perkara sebegini, perlukan lebih masa untuk berlatih terutamanya bersama ‘band’. 

Haida menyedari dia telah melakukan kesilapan dalam nyanyiannya sehingga membuatkan dia tersingkir daripada pertandingan ini
Haida menyedari dia telah melakukan kesilapan dalam nyanyiannya sehingga membuatkan dia tersingkir daripada pertandingan ini

“Sehingga saat terakhir saya mahu naik ke pentas pun saya masih fikirkan macam mana saya nak buat bahagian itu supaya saya tidak terputus nafas,” katanya ketika ditemui di sidang media,” katanya. 

Pada malam konsert ketiga itu juga, pengacara GV9 iaitu Nabil Ahmad telah membuat kejutan untuk isterinya yang tercinta dengan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

“Terima kasih saya sebab sudi bersabar dan bertahan. Menjadi ibu kepada tiga orang anak bukan mudah. 

“Saya minta kepada semua yang menonton untuk doakan kebahagiaan kami. Jadikan saya suami yang istiqomah. Kaburkan pandangan saya pada pandangan wanita lain. Jadikan ini wanita yang terindah untuk saya,” ucapnya sambil memeluk isterinya Zira. 

Kembali bergandingan bersama Elly Mazlein atau Kak Lina, nyata mereka berdua sekali lagi berjaya menggamatkan suasana. 

Elly Mazlein terlalu lincah berdansa setiap kali peserta membuat persembahan sehingga menyebabkan Jac ketawa sewaktu sedang membuat persembahan kerana melihat telatah lucu Elly. 

Elly Mazlein 'menggila' di atas pentas
Elly Mazlein 'menggila' di atas pentas

Sewaktu segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’, Shila Amzah telah muncul sebagai juara mingguan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 tajaan Adabi. 

Shila telah menyampaikan lagu dangdut berjudul ‘Secangkir Madu Merah’ nyanyian asal Sheeda dan Amelina. Persembahannya mendapat pujian dari juri terutamanya dari Hetty Koes Endang yang menyifatkan nyanyian dangdutnya cukup cengkok.

Barisan peserta Gegar Vaganza minggu ini
Barisan peserta Gegar Vaganza minggu ini

Untuk konsert minggu keempat nanti, kesemua 11 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu-lagu berunsur kerohanian.

Berikut adalah senarai kedudukan peserta serta markah yang dikumpul di konsert ketiga semalam. 

Shila Amzah (78.80), Bob Yusof (77.30), Hazrul Nizam (71.90), Asheed (71.60), Jaclyn Victor (71.40), Tomok (66.80), Fuad Rahman (65.90), VE (61.90), Dina Nadzir (61.70), Pat Candy (56.70), Tom (55.50) dan Haida (53.40). – Getaran, 3 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

TARA 2 tahun yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN