web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pintu Terbuka Tiba-Tiba, Elisya Sandha Meremang Sewaktu Penggambaran ‘Rasuk’  Di Selangor

Semasa melakonkan babak dikejar zombie di sebuah tangga bersama-sama Alif Satar, pintu kelas berdekatan tiba-tiba terbuka sendiri dan ia sempat dirakam kamera dan audio.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 8:00PM

Penggambaran di Kuala Kubu Bharu dan Rawang meninggalkan kesan yang besar buat Elisya Sandha. - Gambar ihsan GSC

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengakui penakut, pelakon Elisya Sandha akhirnya memberanikan diri untuk keluar dari zon selesa apabila menerima tawaran berlakon dalam filem seram bertajuk Rasuk.

Namun siapa sangka, pengalaman penggambaran di Kuala Kubu Bharu dan Rawang meninggalkan kesan yang besar buat pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu. 

Gambar ihsan GSC
Gambar ihsan GSC

Filem Rasuk merupakan naskhah yang mengangkat ilmu hitam, sihir dan zombie. Penggambaran pula dilakukan di sebuah sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan dua tahun lalu.

Semasa melakonkan babak dikejar zombie di sebuah tangga bersama-sama Alif Satar, pintu kelas berdekatan mereka tiba-tiba terbuka sendiri dan ia sempat dirakam oleh kamera dan audio.

“Ada satu babak bersama-sama Alif. Ketika itu kami di tangga kononnya sedang melarikan diri daripada zombie. Tiba-tiba ada pintu terbuka sendiri dan tangan saya dah mula menggeletar.

“Alif bagi isyarat tangan untuk kami teruskan penggambaran. Kita teruskan juga walaupun berdebar,” cerita Elisya semasa ditemui di majlis sidang media filem Rasuk petang semalam.

Gambar ihsan GSC
Gambar ihsan GSC

 Tidak mematahkan semangat Elisya, malah adik kepada pelakon Fasha Sandha itu begitu komited meneruskan penggambaran dan berasa lebih berani selepas kejadian itu.

“Kejadian itu yang buat saya jadi lebih berani. Sebelum ini dekat set pun lepas pelakon disolek menjadi zombie, saya akan takut. 

“Saya minta mereka berdiri jauh daripada saya. Tapi sekarang kalau ditanya apakah watak yang saya nak bawa jika diberi peluang berlakon dalam cerita hantu, saya sebenarnya teringin nak cuba bawa watak zombie.

“Sebab saya tahu bukan senang nak bawa watak ini sebab ia bermain dengan emosi dan banyak menggunakan ekspresi,” jelasnya.

Gambar ihsan GSC
Gambar ihsan GSC

Rasuk mengisahkan tentang seorang guru yang terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya. Tragedi bermula apabila salah seorang pelajar terjumpa botol misteri di tepi sungai. 

Selepas botol itu dibuka, keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban. Filem ini akan mula menemui penonton bermula 29 September nanti. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...