web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Filem China 2022 Tingkat Hubungan Malaysia-China Melalui Industri Perfileman

Festival empat hari itu bukan sahaja menjadi platform kepada pembuat dan penerbit filem kedua-dua negara untuk saling bertukar idea, tetapi juga bagi mengenal pasti peluang kerjasama dalam membangunkan industri perfileman.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Festival Filem China 2022 yang pertama kali diadakan di Malaysia, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia dan China dalam meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara menerusi industri perfileman.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata festival empat hari bermula semalam itu, bukan sahaja menjadi platform kepada pembuat dan penerbit filem kedua-dua negara untuk saling bertukar idea, tetapi juga bagi mengenal pasti peluang kerjasama dalam membangunkan industri perfileman.

“2022, menandakan ulang tahun ke-48 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Hubungan Malaysia-China adalah penting, bukan sahaja atas sebab ekonomi tetapi juga atas inisiatif budaya, kreativiti dan inovasi yang menjadi persamaan dan juga komunikasi silang budaya.

“Saya percaya festival filem ini akan menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat dengan rakyat dan antara Malaysia dan China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Festival Filem China 2022 di Kuala Lumpur, semalam. 

Zahidi berkata kementerian akan terus komited untuk memberi sokongan kepada bakat kreatif tempatan dan memastikan mereka dapat menembusi pasaran perfileman antarabangsa. 

“Malam ini, majlis perasmian akan menyaksikan tayangan filem ‘On Your Mark’, yang diarahkan pembuat filem Malaysia-Cina Chiu Keng Guan. Filem ini telah memperoleh RM8.7 juta pada hari pembukaannya, dan terus mengumpul lebih RM24 juta dalam tempoh dua hari seterusnya dan menjadi filem nombor satu di China pada hari pembukaannya.

“Saya amat bangga kerana sebuah filem terbitan Malaysia menerima perhatian sebegitu di China. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional membantu industri perfileman Malaysia dan mengalu-alukan semua syarikat produksi asing, khususnya dari China, untuk melakukan penggambaran di Malaysia,” katanya.

Sepanjang Festival Filem China 2022 yang dianjurkan Pusat Kebudayaan China Kuala Lumpur itu, sebanyak 20 filem yang terdiri daripada 18 filem dari China dan dua lagi dari Malaysia akan ditayangkan di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, China Ulangi Komitmen Kerjasama, Jaga Keselamatan Awam

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...