web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Just Remembering' - Kisah Pahit Manis Kenangan Dan Cinta

Istimewa Japan Film Festival anjuran JFKL yang bermula hari ini, 'Just Remembering', filem terkini arahan Matsui Daigo ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih. Sepedih apakah kisah pahit manis yang ditonjolkan dalam filem ini?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 2:11PM

Yo dan Teruo dalam filem 'Just Remembering' - Gambar ihsan Festival Filem Jepun, JFKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa yang pandemik dan era pascapandemik ini telah berikan kepada anda setakat ini? Buat pemandu teksi, Yo, satu hari ‘bertuah’ telah menemukannya dengan mantan kekasihnya, Teruo, seorang penari yang kini menjadi penata pencahayaan di sebuah dewan persembahan. 

Bermula dari titik itu, Yo mengingat kembali kisah cintanya bersama jejaka itu. 

Ya, pada dasarnya ini bukan satu jalan cerita yang luar kotak atau mindblowing. Tetapi penceritaan yang menarik menjadikan Just Remembering (Chotto Omoidashita dake) satu filem yang cukup layak ditonton. 

Babak-babak sorot balik (flashback) dibuat dengan berseni, tetapi jika penonton terlepas pandang babak ‘penanda’ flashback pertama pasti akan sedikit terpinga-pinga. 

Setiap tahun ditanda dengan penggunaan ‘warna’ yang berbeza. Sedikit mirip dengan karya Jim Jarmusch, Night on Earth, menjadi antara elemen pengikat hubungan Yo dan Teruo dalam filem ini. 

Adegan-adegan sorot balik berpusat pada hari yang sama, iaitu pada hari lahir Teruo. Pertemuan dan perpisahan, diceritakan dengan halus. Pedih luka perpisahan dua pasangan ini hanya dirasakan tajam pada saat akhir filem. 

Just Remembering mengingatkan bahawa cinta sahaja memang tidak cukup jika mahu sebuah hubungan berjaya. Penyesalan dalam kata-kata dan tindak laku Yo dan Teruo memberikan rasa pahit usai filem, tetapi detik-detik manis mereka bersama tetap membuat penulis tersenyum tika melangkah keluar dari panggung wayang. 

Ada dua watak sampingan yang patut penonton perhatikan juga. Kewujudan mereka sedikit sebanyak menompang falsafah asas perhubungan dan kehidupan yang cuba ditonjolkan oleh filem ini.

Just Remembering dibintangi oleh Ikematsu Sosuke dan Ito Sairi serta skrip dan arahan oleh Matsui Daigo. Filem ini sedang ditayangkan di pawagam GSC terpilih seluruh Malaysia sempena Festival Filem Jepun 2022. 

Rating: 4 Getar

 

Tentang Festival Filem Jepun 2022

Just Remembering bersama banyak lagi filem dan dokumentari Jepun menarik kini ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara sempena Festival Filem Jepun (Japan Film Festival 2022, JFF)  anjuran Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL).  

Peminat anime boleh menikmati dua buah filem iaitu Blue Thermal oleh Tachibana Masaki dan juga drama purba, Inu-Oh oleh Yuasa Masaaki. 

'Blue Thermal' dan 'Inu-Oh'
'Blue Thermal' dan 'Inu-Oh'

Buat peminat kumpulan Korea Selatan, BTS, filem Your Eyes Tell yang menggunakan lagu runut bunyi dengan sama tajuk dendangan kumpulan ini turut ditayangkan. 

Bagi mereka yang sukakan filem aksi dan drama psikologi, JFF membawakan In The Wake arahan Zeze Takahisa untuk anda. 

'Your Eyes Tell' dan 'In The Wake'
'Your Eyes Tell' dan 'In The Wake'

Jika anda mencari tontonan yang bertemakan keluarga, ada filem And So The Baton is Passed arahan Maeda Tetsu, sebuah dokumentari indah penuh kecintaan, I Go Gaga: Welcome Home Mom oleh Nobutomo Naoko dan filem Intolerence arahan Yoshida Keisuke yang menggambarkan kerumitan tingkah laku dan psikologi mereka yang terperangkap dalam situasi ekstrem. 

'And So The Baton is Passed', 'I Go Gaga: Welcome Home Mom' dan 'Intolerence'
'And So The Baton is Passed', 'I Go Gaga: Welcome Home Mom' dan 'Intolerence'

Selain, menikmati festival filem, pengunjung juga boleh mendapatkan ganjaran dengan mengumpul setem bagi menebus saguhati eksklusif bahkan turut berpeluang memenangi baucar daripada Books Kinokuniya Malaysia.

Senarai lengkap sinopsis filem JFF, waktu tayangan dan maklumat umum boleh didapati di jfkl.org.my/japanese-film-festival-2022/ dan gsc.com.my. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

3

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN