Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program 'Geng Ta’alim' Galakkan Masyarakat Hidupkan Budaya Ta’alim Dari Rumah

Program terkini Astro Oasis yang dihoskan Ustaz Don Daniyal, pendakwah bebas terkenal Malaysia ini turut menampilkan tetamu undangan dari kalangan selebriti tempatan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 12:15PM

Cara penyampaian Ustaz Don Daniyal yang santai pasti akan menarik perhatian ramai untuk menonton 'Geng Ta'alim' - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkongsian perkongsian ilmu dan pengajaran berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan hidup kepada masyarakat menjadi intipati dalam kandungan program dakwah, 'Geng Ta’alim'.

Diterbitkan Celebrate TV, program terkini Astro Oasis yang dihoskan Ustaz Don Daniyal, pendakwah bebas terkenal Malaysia ini turut menampilkan tetamu undangan dari kalangan selebriti tempatan.  Antaranya adalah Nabil Ahmad, Saharul Ridzwan, Ashraf Muslim, Amar Asyraf dan Zaf V.E.

Barisan selebriti tempatan yang ditampilkan ini akan berkongsi pengalaman dan kisah penghijrahan mereka kepada masyarakat. Bahkan, ia turut menyantuni penglibatan pelajar Tahfiz dan kariah masjid di lokasi yang berbeza. 

Setiap episod program ini juga membawa tema dan pengajaran yang berbeza mengikut kisah masing-masing untuk dijadikan panduan hidup kepada orang ramai berdasarkan kalam Allah SWT yang disanjung tinggi. 

Program dakwah yang menyelit kandungan-kandungan yang dekat dengan jiwa raga setiap manusia ini juga memaparkan kecantikan masjid-masjid ikonik di sekitar Lembah Klang dan Selangor serta memberi penonton penghayatan terhadap peninggalan sejarahnya. Keunikan dan cerita di sebalik setiap masjid pasti mampu meruntun hati penonton.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Nadirah Karim berkata, sebagai sebuah platform yang ditontoni ramai, Astro Oasis ini  memberikan pengisian yang terbaik untuk semua. 

“Program ‘Geng Ta’alim’ merupakan antara kandungan baharu yang mempunyai pengisian bermanfaat, bukan sahaja mengenai kehidupan harian tetapi juga tentang keindahan-keindahan yang ada di sekeliling kita. 

Nadirah Karim
Nadirah Karim

“Setiap manusia mempunyai kisah yang boleh memberi inspirasi kepada orang ramai dan wajar dijadikan sebagai teladan, apatah lagi apabila ia datang daripada seseorang yang mempunyai pengikut yang ramai.

‘Geng Ta’alim’ menyelami kisah-kisah penghijrahan selebriti-selebriti terkenal sambil berkongsi pandangan Islam dengan tema-tema yang berguna kepada setiap rakyat seperti solat, ilmu keagamaan di kalangan kanak-kanak dan juga berkaitan Al-Quran dan Maulidur Rasul.  

“Perkongsian seperti inilah yang kami mahu sampaikan kepada penonton-penonton setia Astro. Kami percaya pengisian sebegini lebih berkaitan dengan kehidupan mereka sekaligus memberi pendedahan kepada mereka menerusi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW. 

“Penglibatan Ustaz Don Daniyal sebagai hos kali ini membawa impak yang besar. Dengan ilmu-ilmu yang yang sah menerusi hadis-hadis serta cara penyampaian yang santai pasti akan menarik perhatian ramai yang gemarkan inti pati ceramah-ceramah Ustaz Don,” katanya. 

Ustaz Don Daniyal
Ustaz Don Daniyal

Jelas Nadirah lagi, dengan inti pati program ini yang padat dengan ilmu dan pengajaran, pihaknya berharap misi untuk menyampaikan dakwah ini sampai dan diterima kalangan penonton Astro. 

“Sudah semestinya sesiapa sahaja yang menonton setiap episod yang ada pasti akan membuka mata dan hati mereka untuk menjadi lebih baik dan berjiwa cemerlang. ‘Geng Ta’alim’ pasti akan memberi anda pengetahuan tentang budaya Ta’alim dengan lebih meluas,” katanya. 

Pengarah Program ‘Geng Ta’alim’, Irsyad Syafiqi Zaman pula berkata, cabaran utama kami ketika menghasilkan program ini adalah pada fasa pemilihan hadis. 

“Kami perlu memastikan isi kandungan program ini sesuai dan dapat memenuhi keperluan jiwa dan gaya hidup segenap lapisan masyarakat moden hari ini. 

Nadirah Karim, Ustaz Don Daniyal dan Irsyad Syafiqi Zaman
Nadirah Karim, Ustaz Don Daniyal dan Irsyad Syafiqi Zaman

“Melalui 'Geng Ta’alim' ini, penonton akan mendapati bahawa perkongsian hadis dan kalam Allah dari Al-Quran sememangnya terbukti relevan dan patut dijadikan contoh serta rujukan sebagai panduan hidup,” katanya. 

Jelas Irsyad lagi, program 'Geng Ta’alim' ini juga mampu memberikan galakkan kepada masyarakat untuk menghidupkan kembali budaya Ta’alim seawal dari rumah. 

“Aktiviti perkongsian ilmu seperti ini dapat mendidik institusi keluarga dan masyarakat untuk terus berdakwah, menimba ilmu, berkongsi pendapat dan pengalaman, serta memastikan hubungan silaturahim sesama ahli menjadi lebih erat dan utuh hanya kerana Allah,” katanya. 

’Geng Ta’alim’ akan ditayangkan di saluran Astro, mulai 5 September ini, setiap hari Isnin. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 8 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 38 minit yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar