web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Azmi Sujud Syukur ‘Jerangkung Dalam Almari’ Cecah RM1 Juta Dalam 4 Hari

Raja Azmi atau Kak Mi terus membuat sujud syukur kerana inilah kali pertama dalam seumur hidupnya membikin filem, ia mendapat kutipan RM1 juta.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 3:37PM

Gambar Instagram Raja Azmi

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit filem yang juga pelakon, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila filem terbitannya yang kelima berjaya mencecah kutipan RM1 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. 

Raja Azmi yang lebih mesra disapa sebagai Kak Mi memberitahu, dia baru sahaja dimaklumkan mengenai berita gembira tersebut oleh pihak pengedar. 

“Waktu pihak pengedar hubungi dan beritahu mengenai kutipan Jerangkung Dalam Almari tu, saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. 

“Gembira ada. Sedih pun ada, sampai saya tidak tahan menahan air mata. Lebih mengharukan apabila sewaktu mendapat berita tersebut, ia disahut dengan azan Zuhur sedang berkumandang dari masjid yang berhampiran dengan rumah saya. 

“Saya terus buat sujud syukur kerana inilah kali pertama dalam seumur hidup saya membikin filem, ia mendapat kutipan RM1 juta,” katanya 

“Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Gembira ada. Sedih pun ada sampai saya tidak tahan menahan air mata,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Raja Azmi lagi, dia sama sekali tidak menyangka bahawa filem terbitannya itu akan membuat kutipan yang sebegitu. 

“Baru saya tahu macam mana perasaan penerbit-penerbit filem lain bila filem mereka cecah kutipan jutaan ringgit. Ibarat seperti melahirkan seorang bayi dan bayi itu pula berada di dalam keadaan sihat walafiat.

“Tapi, mungkin ini juga rezeki cucu ketiga saya yang baru lahir pada 3 Julai lalu dan filem Jerangkung Dalam Almari ini pula mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 4 Ogos lalu. 

“Cucu ketiga saya ini dilahirkan anak pertama saya Putri Suraya yang berkahwin dengan Shadan Hashim yang juga pengarah filem ini. 

“Seluruh keluarga turut menyatakan rasa gembira apabila mendengar berita ini dan Suraya sendiri akan habis berpanjang lagi sembilan hari,” katanya. 

Jelas Kak Mi lagi, dia cukup berbangga dengan keseluruhan pasukan produksi serta pelakon-pelakon yang telah bertungkus-lumus menjayakan filem ini. 

“Kesemua mereka memberikan sokongan yang cukup padu buat filem ini. Geng-geng dari Sayap-Sayap Wings juga turut membantu kerana filem ini menggunakan lagu 'Jerangkung Dalam Almari' sebagai lagu latar.

“Kejayaan ini adalah berkat doa dan sokongan ramai. Saya percaya filem ini mempunyai kekuatan dari sudut jalan ceritanya yang cukup sinonim dengan adat dan budaya orang Melayu. 

“Sebabnya, ramai yang memberikan komen-komen yang baik dan positif terhadap filem ini sehingga membuatkan saya kelu dan tidak dapat berkata apa-apa. 

Kak Mi juga mengakui kejayaan filem Jerangkung Dalam Almari ini juga sedikit-sebanyak membangkitkan lagi perasaannya untuk menerbitkan filem yang seterusnya. 

“Tapi buat masa ini, biarlah saya teruskan usaha untuk mempromosikan lagi filem ini supaya ia boleh bertahan lagi di panggung.

“Mengenai Pengabdi Setan yang dianggap mampu mencabar kedudukan Jerangkung Dalam Almari, secara jujur saya langsung tak berasa tergugat. 

“Sebab setiap penerbit punya rezeki masing-masing apabila mempertaruhkan karya filem mereka. Kuasa di tangan Allah SWT. 

“Kalau Allah SWT cakap ada rezeki, adalah. Tak kiralah apa filem yang masuk sekali pun,” katanya  lagi. 

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Diterbitkan Akid Productions dengan kerjasama Northstar Prodigy Pictures, Jerangkung Dalam Almari arahan Shadan Hashim ini dijayakan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Amerul Effendi, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud dan Anne Abdullah serta menampilkan pelakon baharu Sophia Albarakbah. 

Ia mengisahkan tentang kehidupan Fikri (Datuk Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). 

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari. - Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Apa Salahnya Ada Babak Itu? Pelakon Pun Bukan Islam - Raja Azmi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Shahrir Samad Dilepas, Bebas Pertuduhan Gagal Isytihar RM1 Juta

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bajet Pemasaran Kurang, Raja Azmi Terkilan Tak Dapat Promosikan Watak Jerangkung Lakonan Manusia Tertinggi Di Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN