web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Jadi Pemudah Cara Isu Cukai Hiburan Penggiat Seni Dengan Kerajaan Negeri - Reezal Merican

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membantu penggiat industri seni sebagai pemudah cara mengenai isu cukai hiburan dengan kerajaan negeri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 7:18AM

Reezal Merican bersama Yusof Haslam serta pemilik Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali - Gambar Facebook Reezal Merican Naina Merican

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membantu penggiat industri seni sebagai pemudah cara mengenai isu cukai hiburan dengan kerajaan negeri.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kementerian itu akan cuba membantu golongan tersebut memandangkan pengenaan cukai hiburan terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

“Saya mendengar keresahan dan keluhan yang membelenggu penggiat industri berkenaan cukai hiburan yang hangat dibincangkan. Saya faham bukan senang untuk menghasilkan karya yang berkualiti serta menepati jiwa dan selera para penonton,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam hantaran itu, Reezal Merican turut memaklumkan beliau semalam bertemu penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam serta pemilik Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali.

Beliau berkata dalam pertemuan tersebut mereka membincangkan mengenai perkembangan industri seni negara serta kejayaan filem Mat Kilau yang kini mencipta rekod yang amat mengagumkan.

Reezal Merican berkata industri seni juga sebahagian daripada komponen yang melengkapi aspek daya huni Keluarga Malaysia dan mengharapkan industri seni negara akan terus berkembang dengan membawa mesej membina merentas generasi. 

“Pada akhirnya - seni kita wajah kita,” katanya.

Wujud keluhan dalam kalangan warga industri hiburan mengenai cukai hiburan sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada penggiat seni termasuk penerbit filem, yang disifatkan terlalu tinggi dan ramai mendesak agar kadar cukai itu dikurangkan atau dipulangkan kembali kepada industri kreatif bagi manfaat mereka.

Perkara tersebut mula mendapat perhatian apabila filem Mat Kilau yang masih ditayangkan di seluruh negara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM71 juta setelah 19 hari tayangan sekali gus menjadi filem tempatan mencatat kutipan paling tinggi dalam sejarah negara setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...