web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Astro Oasis Sajikan Telemovie Hebat Sempena Aidiladha

Antara rancangan yang menarik adalah tentang kejadian aneh di tanah perkuburan dan dokumentari perjalanan haji zaman dahulu.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 9:41AM

Pelbagai telefilem, dokumentari dan program realiti menarik disajikan sempena Aidiladha ini - Gambar ihsan Astro Oasis

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai telefilem, dokumentari dan program realiti menarik telah disajikan Astro Oasis buat umat Islam yang menyambut kedatangan Aidiladha pada hari ini. 

Apa yang menarik hampir kesemua program-program yang dihidangkan ini padat dengan pengajaran, berilmiah serta mampu memberikan kefahaman yang jelas tentang apa itu Hijrah. 

 

Tanah Kubur Hati Hitam

12 Julai 2022, Selasa, 5.00 petang

Durasi: 120 minit

Kamaliah mengesyaki anaknya seorang OKU telah di dera ketika berada di rumah jagaan. Namun, Norma pengasuh rumah jagaan tersebut menafikan itu adalah perbuatannya tetapi Tok Adi tidak mempercayainya.

 

Tanah Kubur Peneman

13 Julai 2022, Rabu, 5.00 petang

Durasi: 120 minit

Jebat menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.

 

Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman

14 Julai 2022, Khamis, 5.00 petang

Durasi: 120 minit

Khatijah, janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung. Dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.

Bagi membuka mata penonton tentang pengalaman mereka yang mengerjakan haji sambil mencurah ilmu menepati semangat sambutan Aidiladha, Astro Oasis juga akan menayangkan dokumentari Journey to Mecca.

Dokumentari yang ditayangkan pada 11 Julai, jam 9 malam ini memaparkan kisah perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. 

Manakala, program realiti ‘Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA’ adalah sebuah rancangan permainan komedi Islam. Menampilkan PU Azman sebagai pengacara, ia ditayangkan pada 11 Julai, jam 10.00 pagi.

Saksikan semua program menarik ini di Astro Oasis. Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua umat Islam. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Raya Aidiladha Disambut Meriah Di Seluruh Negara

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN