web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syamsul Yusof Pecah Rekod Sendiri, Kutipan 'Mat Kilau' Terus Melonjak

Jumlah kutipan filem 'Mat Kilau' dalam masa 11 hari adalah sebanyak RM47 juta dan dijangka dengan mudah bakal mencantas rekod filem Munafik 2 (RM48 juta).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 2:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya fenomena filem epik Mat Kilau masih berterusan, malah semakin hari kutipan hariannya semakin tinggi sehingga memecahkan rekod kutipan tertinggi dalam masa satu hari tayangan.

Pada Sabtu lalu, dalam tempoh masa sehari sahaja, Mat Kilau berjaya membuat kutipan sebanyak RM7.3 juta. Dan selepas itu, dalam masa 11 hari, filem arahan Syamsul Yusof ini berjaya mengumpul sebanyak RM47 juta.

“Mengikut momentum luar biasa yang semakin hari semakin naik, nampak gayanya Mat Kilau memang akan memecahkan rekod filem saya sendiri iaitu Munafik 2.

“Saya sangat bersyukur pada Allah. Terima kasih kepada penonton-penonton filem Malaysia yang masih mahu menerima sentuhan Syamsul Yusof. 

“Saya terharu mereka masih memberikan sokongan bukan untuk filem Mat Kilau sahaja, tetapi filem-filem saya yang terdahulu,” kata Syamsul kepada Getaran.

Kongsi Syamsul lagi, jumlah kutipan keseluruhan filem Munafik 2 sebelum ini adalah sebanyak RM48 juta (dalam masa 50 hari). 

Melihat sambutan hangat yang masih diberikan oleh penonton di Malaysia, dia yakin filem Mat Kilau dengan mudah bakal mencantas kutipan rekod Munafik 2

“Saya sebenarnya bersaing dengan diri saya sendiri. Bagi saya ini adalah kejayaan yang sangat istimewa. 

“Perkara ini akan berterusan. Insya-Allah mungkin di masa hadapan, perkara ini akan memberi motivasi dan pembakar semangat bukan sahaja untuk  diri saya sendiri,  bahkan buat pengkarya-pengkarya lain untuk hasilkan filem yang menepati cita rasa penonton dan memberikan mesej yang baik,” ujarnya. 

Sejak mula ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun lalu, filem Mat Kilau telah memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia. Dikhabarkan ramai ibu bapa yang sudah mula mendaftarkan anak mereka untuk mengikuti kelas seni pertahankan diri silat. 

Semoga akan ada lebih banyak filem berkualiti seperti Mat Kilau dihasilkan dan dapat memupuk jati diri serta kesedaran dalam setiap jiwa menonton. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa