Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


16 Iklan Raya Dengan Pesan Berkesan

Sambutan raya memang tidak akan lengkap tanpa iklan raya dan setiap iklan raya ini menyuntik pesan tertentu serta mampu memberikan pengajaran buat kita semua.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak iklan raya yang dihasilkan tahun ini. Ada yang masih menampilkan subjek dan jalan cerita yang masih klise namun tidak kurang yang tampil dengan kreatif dan penuh kelainan. 

Apa yang pasti, sambutan raya memang tidak akan lengkap tanpa iklan raya dan setiap iklan raya ini pula menyuntik mesej tertentu yang mampu memberikan pengajaran buat kita semua. 

Jom ikuti senarai 16 iklan raya yang berkesan dan yang mempunyai mesej yang cukup kuat untuk kita renungi bersama. 

 

Sadaqah - Taylor’s University 

Inilah iklan raya yang paling menambat hati pada tahun ini kerana ia menyuntik mesej yang cukup kuat mengenai konsep sedekah. 

Diterajui Adibah Noor sebagai Kak Zaiton pemilik sebuah restoran makanan. Dia cuba mengubah nasib peminta sedekah yang datang meminta makanan di restorannya itu dengan membantu mendidik mereka untuk bekerja. 

Di dalam iklan raya ini juga dititipkan sabda Rasulullah yang berbunyi: “Sadaqah yang paling afdal apabila seorang Muslim mendapatkan ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang Muslim.”

Walaupun elemen sambutan raya tidak begitu terasa, namun jalan ceritanya dan konsep sedekah itu cukup menyentuh jiwa. Iklan raya yang mencatat 492,640 tontonan ini yang dimuat naik pada 18 April di YouTube turut menjadi viral di TikTok dan meraih pujian dari pelbagai masyarakat Malaysia berbilang kaum serta penduduk di negara jiran. 

 

Sama, Bersama - RHB 

Kita mungkin tidak mengerti apa yang dirasai oleh golongan pelarian yang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka lalu menetap di negara lain. Iklan raya ini cuba memaparkan kesukaran seorang pelarian yang cuba menyesuaikan diri untuk tinggal di negara ini. 

Apa yang menarik iklan raya ini memaparkan kisah sebenar yang dilalui Pengasas NGO For Refugees dan Doctors On Ground, Arissa Jemaima Ikram Ismail. 

Meraih, 6,003,959 tonton di YouTube, iklan raya ini memberikan kita suatu pengajaran cukup bermakna tentang nilai dan erti kemanusiaan bahawa siapa pun kita, kita semua adalah sama. 

Dodol Tak Bergula - Suria FM 

Iklan drama raya pendek ini dibintangi penyampai radio Suria FM iaitu Tyzi Xander, Sharifah Shahirah (Rara), Fizi Ali, Ajak Shiro, Feeya Iskandar, Suraya Borhan, Anna J dan DJ Lin. Ia turut dibintangi pelakon handalan Wan Maimunah.

Iklan raya ini berkisar tentang kasih seorang ibu bernama Mak Leha yang tidak terkira terhadap dua orang anaknya iaitu Zahira dan Zakira yang cacat. 

Namun, Mak Leha sentiasa dihina dan dicemuh anak-anak saudaranya, Lin dan Anna disebabkan isu perebutan harta tanpa mengetahui bahawa Mak Leha sebenarnya mempunyai penyakit Alzheimer atau hilang daya ingatan. 

Mesej yang cuba disampaikan dalam iklan drama raya pendek ini ialah kita harus menghormati orang tua dan ibu.

Iklan ini telah meraih 821,107 tonton di YouTube dan mampu membuatkan air mata anda bercucuran air mata. Bahkan ia juga turut menjadi trending di tangga ketujuh menerusi platform media sosial tersebut. 

 

Wasiat - Etiqa 

Tiga orang beradik cuba mencari ‘sesuatu’ iaitu harta yang ditinggalkan arwah bapa di rumah pusaka mereka. Abang mereka yang sulung mahu menjual rumah pusaka tersebut tetapi tidak dipersetujui Angah iaitu adiknya yang kedua. 

Namun, harta yang dimaksudkan itu adalah sekeping gambar mereka tiga beradik sewaktu masih kecil. Along yang dilakonkan Datuk Fizz Fairuz teringat kembali kata-kata arwah bapanya untuk menjaga adik-beradiknya yang lain termasuklah Achik (adik perempuan yang juga merupakan seorang anak angkat). 

Menyesal atas perbuatannya, Along mencadangkan kepada Angah dan Achik untuk supaya rumah itu diwakafkan. Ayat, “Kita wakafkan rumah ni, bagi budak-budak baru, untuk mereka buat kenangan baru,” sememangnya cukup menyentuh perasaan. 

Iklan raya ini telah meraih tontonan 3,718,196 tontonan di YouTube. 

 

Nyawa Mama - Pelaburan Mara 

Iklan raya yang mencapai tontonan sebanyak 33,833 ini dibintangi ramai pelakon yang hebat-hebat seperti Fatimah Abu Bakar, Che Kem, Amerul Affendi dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. 

Ia memaparkan seorang ibu yang tidak begitu dipedulikan tiga orang anaknya. Untuk mengisi kesunyiannya, dia sentiasa berbicara dengan arwah suaminya menerusi mesej suara atau pesanan ringkas di Whatsapp. 

Ketiga-tiga anak ini juga sayu apabila membaca dan mendengar kandungan mesej ibu mereka kepada arwah bapa mereka. Iklan ini cuba memaparkan mesej supaya kita terus menghargai ibu bapa dan keluarga kita sementara hayat mereka masih ada. 

 

Syukur 1 Syawal - Celcom 

Danish, anak Rashid Deraman dan cucu kepada Cikgu Johar ialah anak generasi masa kini yang bercita-cita untuk mengumpul duit rayanya agar dapat membeli drone demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang. 

Danish tidak puas hati apabila semua kawan-kawanya tidak mahu beraya lagi di beberapa rumah lain. Danish kemudian cuba mengekori Aishah ke rumahnya terkejut melihat Aishah sedang menyuapkan makanan ke mulut ayahnya yang sedang terlantar sakit. Aishah juga turut menyerahkan duit raya kepada ayahnya itu. 

Danish pulang ke rumah dengan penuh keinsafan dan mengambil kesemua duit rayanya itu untuk diberikan kepada ayah Aishah. Iklan raya yang mencapai 1,358,620 tontonan di YouTube ini mengajar anak-anak zaman sekarang supaya tidak mementingkan diri tentang hal-hal kebendaan. 

 

Last Kopek - Maxis 

Iklan raya ini memaparkan sekumpulan pemuzik jalanan daripada golongan orang kurang upaya (OKU) yang diketuai Usop. Pelbagai cara yang dilakukan mereka untuk meneruskan kehidupan. 

Namun, mereka sentiasa berdepan dengan halangan dan cabaran yang tidak diduga. Rakan-rakannya kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri dan tindakan mereka itu membuatkan Usop kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan. 

Menjelang Syawal, Usop memohon maaf daripada rakan-rakannya tetapi meminta mereka untuk membuat persembahan kali terakhir. Kali ini, mereka tidak perlu ke mana-mana hanya membuat persembahan di rumah menerusi Maxis Virtual Busking Cube. 

Iklan yang ditonton sebanyak 3,453,572 tontonan ini cuba membuka mata tentang keupayaan komuniti OKU yang terdiri daripada orang kurang upaya pertuturan, penglihatan dan fizikal.

 

Kembali - Affin 

Pada raya tahun ini, Arif dan Irfan dapat pulang beraya di kampung. Destinasi mereka sama dan Irfan menumpang kereta Arif untuk pulang. Arif melihat Irfan pulang dengan membawa banyak barang. Apabila sampai ke destinasi yang dituju, Arif terkejut apabila Irfan membawanya ke sebuah rumah anak yatim. 

Rupa-rupanya Irfan pernah dibesarkan di rumah itu dan setelah bekerja, Irfan mahu gembirakan anak-anak di rumah itu dengan pembelian pelbagai jenis hadiah. Iklan raya yang mencapai 1,397,618 tontonan ini mengingatkan kita supaya jangan melupakan golongan yatim piatu. 

 

Nasihat Dari Hati - TM 

Bapa Iqbal mahu mewariskan perniagaan lukisan seni khat kepadanya. Namun Iqbal yang dilakonkan Hafeez Mikail tidak berminat untuk mewarisi perniagaan bapanya itu. 

Bapanya turut menasihatinya supaya dalam apa saja yang kita lakukan, niat kena betul. Namun, tidak diendahkan Iqbal. Dia mahu mengikut caranya sendiri untuk meraih perhatian. 

Setelah bapanya meninggal dunia, Iqbal cuba hasilkan sebuah lukisan khat secara digital yang diinspirasikan daripada rekaan arwah bapanya, lalu mendapat pujian ramai. Iqbal menyesal dan cuba mencari semula semua lukisan arwah bapanya itu. 

Iklan yang mencapai tontonan sebanyak 681,229 ini mendidik kita supaya mendengar kata-kata dan nasihat berguna daripada orang tua kita.  

 

Bersama Lebih Bermakna – Toyota 

Tidak mahu pulang ke kampung kerana tidak tahan dengan sikap ibunya yang mahu menjodohkan dia dengan gadis berpotensi, Aidil mengambil keputusan untuk beraya di Kuala Lumpur sahaja. 

Di ibu kota, dia terserempak dengan rakan sekampungnya, Fitri. Tanpa disedari sewaktu sedang lena tidur, Fitri membawanya pulang ke kampung. Aidil bengang dengan tindakan Fitri. Namun, Fitri cuba menyedarkan Aidil bahawa dia terpaksa beraya di Kuala Lumpur kerana sudah tidak punya ibu dan bapa. 

Iklan raya yang dibintangi Aedy Ashraf dan Amerul Affendi ini meraih tontonan 434,836 dan ia mengingatkan kita supaya menghargai orang yang tersayang dan raya juga lebih bermakna jika kita dapat menyambutnya dengan mereka yang tidak punya sesiapa.

 

Ke Pangkuan – Mr DIY 

Seorang anak perempuan kecil hati apabila ibunya tidak mahu membesarkan dirinya dan menyerahkannya untuk dijaga oleh orang lain. Malah, dia juga kecil hati kerana ibu tidak pernah luangkan masa untuknya serta hadir ke acara graduasinya. 

Namun, akhirnya dia kembali ke pangkuan ibunya untuk menyambut raya dan memahami bahawa ibunya melalui pelbagai dugaan hidup untuk membesarkannya. Dia mula menghargai pengorbanan ibunya itu. Iklan raya ini mencapai tontonan sebanyak 3,355,309. 

 

Ayah & Ibu – Little Joe 

Dalam sibuk kita bergembira untuk menyambut raya, ramai juga yang merasai kesedihan kerana sudah tidak punya ibu dan bapa. Itulah yang dirasai tiga beradik yang dibintangi Faizal Hussien, Zul Huzaimy dan Yasmine Gaffoor. 

Mereka cuba mengelak untuk pulang beraya, namun akhirnya mengambil keputusan untuk pulang beraya bersama. Hanya kenangan bersama ibu bapa dan rumah pusaka itu sahaja yang masih tersemat di jiwa. 

Iklan raya yang turut dijayakan Mior Hashim Manap, Fauziah Nawi, Bell Ngasri dan Pekin Ibrahim yang turut bertindak sebagai pengarah mencapai tontonan sebanyak 141,968. 

 

Raya Macam Cara - TNB 

Iklan raya ini memaparkan pasangan ayah dan ibu yang ceria dan gembira menanti kepulangan anak-anak mereka daripada Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor untuk menyambut raya. 

Sambutan raya mereka juga diraikan dengan begitu meriah apabila pelbagai juadah tradisi dari negeri-negeri ini (kecuali Kuala Lumpur) dihidangkan di pagi raya. 

Namun ada juga mengkritik tentang maklumat penyediaan laksa Johor dan cara memakan laksa Johor. Kuah laksa Johor menggunakan ikan tenggiri dan memakannya pula haruslah menggunakan tiga jari. 

 

Raya Dulu-Dulu - Saji 

Iklan raya yang meraih tontonan 307,011 ini pasti akan menggamit memori kita tentang sambutan raya dulu-dulu. Ibu memasak di dapur, anak-anak perempuan pula ada yang membuat kuih, ada yang mengemas dan menggantung kad raya, manakala yang lelaki pula membakar lemang. 

Menunggu pengumuman raya juga jadi satu kepastian. Bila keputusan raya diumumkan, budak-budak pasti sibuk bermain bunga api. Itu raya dulu-dulu, sekarang, raya sudah lain. Namun raya tetap sama apabila kita menyambutnya bersama orang tua dan keluarga. Iklan raya ni juga dibintangi pelakon hebat seperti Azizah Mahzan dan Naim Daniel.

 

Ini Iklan Raya Baru, Tau? - Julie’s Biscuits 

Iklan raya yang meraih tontonan sebanyak 1,916,949 ini sedikit berbeza dengan iklan raya yang lain kerana ia juga memaparkan tentang cara-cara sebuah iklan raya baru dihasilkan, namun disampaikan dengan cukup sinikal. 

Dibintangi Amerul Affendi sebagai tuan direktor, banyak perkara yang memeningkan kepalanya apabila tiada bakat pertengahan usia untuk memegang watak emak. Yang datang uji bakat pula kebanyakan bakat bukan Melayu. 

Memang memeningkan. Itu belum ditambahkan lagi dengan gelagat pelakon-pelakon yang mengadu tentang watak dan lakonan mereka serta tindakan penulis skrip yang mahu menambahkan skrip untuk watak anak perempuan. 

 

Kembali Aidilfitri - BoBoiBoy 

Lama Tok Aba tidak pulang ke rumah lamanya di Kota Hilir. Kali ini, Tok Aba pulang untuk beraya sambil ditemani BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Mereka juga turut membantu Tok Aba mengemas dan menghiasi rumah itu. 

Iklan raya ini mencapai tontonan sebanyak 7,153,650 dan animasi yang dihasilkan cukup cantik dan menarik. Kota Hilir juga dipenuhi dengan robot-robot yang baik. Ia pasti disukai anak-anak kecil yang menontonnya. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 3 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21