web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RTM Perlu 'Rejuvenasi' Untuk Kekal Relevan - Annuar

RTM perlu menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi sebarang perubahan dari semua sudut khususnya berkaitan dengan perkhidmatan yang diberi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 7:06PM

Gambar: Tangkapan layar Twitter @RTM_Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu diberi proses ‘rejuvenasi’ atau ‘meremajakan’ supaya dapat bersaing dan terus kekal relevan dalam perkhidmatan penyiaran masa kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata RTM perlu menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi sebarang perubahan dari semua sudut khususnya berkaitan dengan perkhidmatan yang diberi. 

"Dalam erti kata lain, RTM perlu berubah atau ‘transform’. RTM kini boleh dikira berada pada peringkat fasa matang. Apabila matang, RTM sebagai organisasi, perlu diberi proses ‘rejuvenasi’ atau ‘meremajakan’ supaya ia tidak ‘menua’," katanya dalam ucapan perasmian sempena sambutan Ulang Tahun Hari RTM ke-76 di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Mohammad Mentek.  

Annuar berkata transformasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka RTM tidak boleh berhenti daripada berusaha memikirkan penambahbaikan, membuat perubahan dan melaksanakan pembaharuan pada setiap aspek perkhidmatan. 

Katanya, elemen kreativiti dan inovatif perlu ditekankan dalam usaha mencari idea dan kaedah menambah baik, seterusnya merangka tindakan strategik praktikal serta berkesan supaya perubahan dapat dihasilkan dengan jayanya. 

"Saya difahamkan bahawa Pelan Transformasi RTM sedang dilaksanakan sejak tahun lepas dan langkah pembaharuan dan penambahbaikan juga sedang dilakukan ke atas ketiga-tiga platform penyiaran RTM. 

"Saya juga dimaklumkan bahawa proses transformasi digerakkan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun (2021-2023),” katanya.

Justeru, beliau menyarankan setiap cadangan penambahbaikan dan pembaharuan yang dirangka dirancang berasaskan data dan penemuan kajian. 

Ini katanya, perancangan berpandukan data-data yang tepat adalah sangat penting, supaya RTM tidak terperangkap dengan keadaan selesa dan berasa ‘syok sendiri’. 

Beliau berkata cita rasa audien dan aspirasi pihak berkepentingan juga sangat mustahak dan perlu diambil kira dalam agenda transformasi baik bagi saluran TV, stesen radio, mahupun di platform media digital RTM. 

Dalam pada itu, Annuar berkata selaku badan penyiar rasmi kerajaan, RTM tetap konsisten dalam menyempurnakan tanggungjawab untuk menyebarluaskan maklumat dan berita ke seluruh negara. 

Beliau memberikan contoh, semasa negara dilanda bencana banjir besar pada 18 Disember tahun lepas, siaran berita mengenai bencana banjir di saluran TV dan radio RTM dibuat setiap sejam sekali. 

Katanya berdasarkan data, sebanyak 3,120 buletin dan 10,827 bahan berita banjir telah disiarkan. 

"Saya merakam ucapan tahniah kepada RTM, khususnya pasukan berita, kerana berkat kesungguhan mendapatkan bahan berita dan membuat pelaporan segera, sedikit sebanyak telah membantu menaikkan imej kerajaan pada pandangan dan persepsi rakyat," katanya. 

Sementara itu, dalam acara sama Mohammad turut melancarkan Pelan Strategik RTM 2021-2025 yang antara lain mengandungi perancangan bersepadu, sistematik serta dinamik untuk pembangunan komprehensif RTM. 

Turut dilancarkan peningkatan saluran TV Okey kepada definisi tinggi (HD). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

3

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengarah Syarikat Didakwa Tawar Suapan Agar Annuar Musa Cepatkan Pengambilalihan Menara KL

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN