web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Kotoran Akan Timbul Di Bawah Pimpinan Zahid - Annuar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 1:39PM

Tindakan UMNO di bawah Zahid yang memecat dan menggantung pemimpinnya hanya akan menghasilkan lebih banyak kotoran berbanding pembersihan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan UMNO memecat dan menggantung pemimpinnya hanya akan menghasilkan lebih banyak kotoran berbanding pembersihan seperti yang diuar-uarkan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana punca kotoran yang telah merosakkan UMNO masih kekal  berpaut dalam parti.

Beliau yang dipecat Disember lalu menegaskan, kepemimpinan tertinggi UMNO ketika ini sedang berbangga memonopoli kuasa dan menunggang parti berasaskan naratif palsu ciptaaan sendiri, biarpun parti semakin hancur akibat perbuatan mereka. 

"Mereka mencipta pembohongan dan akhirnya percaya dengan penipuan mereka sendiri. Siapa yang cuba berkata benar, itu semua akan di gelar pengkhianat. Mereka mahu semua orang berwirid dgn naratif palsu mereka.

"Jadi biarkanlah mereka dalam dunia mereka itu kerana rakyat sudah pun meninggalkan mereka. Malah, tiba masanya ahli akan turut meninggalkannya beramai ramai," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini. 

Semalam, UMNO mengumumkan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun, antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden parti,  Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Annuar yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian Ketereh turut melahirkan penghargaan kepada pemimpin UMNO yang sanggup berhadapan risiko untuk memperbaiki partii daripada terus rosak, dengan mengambil pendirian berkata benar.

Menurutnya, pemimpin yang menghadapi tindakan daripada parti tidak seharusnya gusar kerana masih terdapat ikhtiar lain boleh digunakan untuk terus berjuang.

“Saya harap semua bertenang dan sabar. Memecat orang yang tidak sependapat adalah cara paling mudah untuk seseorang kekal berkuasa. Percayalah, berkata benar itu mahal harganya.

"Berilah UMNO kepada mereka untuk mereka jadikan perisai peribadi dan perniagakan sebagai Syarikat Sendirian Berhad mereka," katanya. 

Tambahnya, UMNO hanyalah ciptaan manusia dan dilihat sebagai alat untuk pemimpin berjuang dan ia bukan satu matlamat.

"Jika baik pimpinannya,maka betul dan baiklah perjuangannya namun jika sebaliknya, ia akan tersasar. Bila itu berlaku,maka tidak perlulah terlalu berdukacita jika tiada lagi di dalamnya. Malah pasti ada hikmahnya.

"Rakyat telah memberi isyarat tapi malangnya  mereka masih menafikan.Mereka lebih gemar menyalahkan rakyat dan pengundi dan semua orang lain,kecuali diri mereka sendiri," katanya. - Getaran, 28 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad