web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Dendam Seorang Isteri’, Temptation Of Wife Versi Malaysia

Drama terkenal dari Korea, Temptation Of Wife yang telah diadaptasi di beberapa buah negara termasuklah Filipina akhirnya diadaptasi dalam versi Malaysia dan mempertaruhkan Fasha Sandha dan Nad Zainal sebagai watak utama. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah menonton drama popular ‘Temptation Of Wife’ versi Korea dan Filipina, pasti anda akan teruja untuk menonton adaptasi versi Malaysia yang menggunakan tajuk Dendam Seorang Isteri.

Dendam Seorang Isteri diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd dan dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Fasha Sandha, And Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman dan ramai lagi. 

Drama 80 episod ini diarahkan oleh dua pengarah yang semakin meningkat naik iaitu Uchee Fukada dan Nizam Zakaria.

Drama ini mengisahkan tentang Amira lakonan Fasha Sandha yang merupakan seorang isteri yang taat kepada seorang suami playboy bernama Harris. Dalam pergolakan rumah tangga mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh kekasih suaminya, Kirana lakonan Nad Zainal yang merupakan teman baik Amira sejak kecil. 

Kirana menyimpan dendam terhadap Amira dan merancang untuk merampas suami temannya itu. Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh Amira yang sebenarnya sedang mengandung. 

Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira bertukar menjadi Neelisa dan akan menuntut bela di atas penderitaannya. 

Menurut Nad dan Fasha, menyedari drama ini sangat popular dan sudah mempunyai pengikutnya sendiri, mereka cuba membawakan watak yang digalas dengan cara masing-masing bersesuaian dengan budaya masyarakat di Malaysia.

“Drama ini mempunyai ramai pengikut dan banyak versi adaptasi dari pelbagai negara. Jadi kami sekaligus memikul tanggungjawab yang sangat besar. Saya agak takut juga sebenarnya apabila penonton cuba membandingkan watak saya dengan versi yang lain. Sebelum mulakan penggambaran lagi orang sudah mula bandingkan dari segi rupa dan sebagainya. Tapi apa yang boleh kami harapkan adalah penonton akan berpuas hati dengan apa yang kami telah berikan,” kongsi Nad Zainal sewaktu ditemui Ketika siding media majlis tayangan eksklusif program Ramadan Astro.

Bagi Fasha pula dia tidak mahu wataknya meniru 100 peratus watak yang dimainkan oleh pelakon versi terdahulu.

Jalan ceritanya sama, Tetapi kita olahkan versi kita. Saya tak mahulah tiru 100 peratus terutamanya watak saya. Saya mahu bawa dengan cara saya. 

Bagi pengarah Nizam Zakaria pula, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengarahkan sebuah drama yang berformat panjang dan impiannya itu tertunai dengan drama Dendam Seorang Isteri.

“Drama Dendam Seorang Isteri ini adalah drama yang saya nantikan sebagai pengarah kerana saya mahu mengarahkan sebuah drama berformat panjang. Bagi saya, ini adalah satu cabaran untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Cabaran menjadi besar apabila naskhah yang saya terima daripada penulis skrip sangat menarik untuk saya tafsirkan dalam bentuk visual.

Memandangkan drama ini diadaptasi daripada drama Korea yang sangat-sangat popular, saya rasa tercabar untuk menghasilkan sebuah drama yang lebih baik daripada versi asal mengikut cita rasa dan nilai budaya tempatan. Sememangnya proses ini sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya ingin menghasilkan sebuah naskhah yang bersifat original dan fresh untuk dihidangkan kepada penonton,” katanya. 

Drama Dendam Seorang Isteri akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 21 Mac 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. - Getaran, 24 Mac 2022

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN