Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Orang Luar Tertarik Dengan Paparan Budaya Malaysia Dalam Filem ‘C144’ 

Tayangan perdana 'C144' di Los Angeles akan berlangsung April nanti malah filem yang memenangi empat anugerah ini juga bakal ditayangkan di 12 negara lain.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 5:09PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengetengahkan kesemua bakat baharu yang masih tidak mempunyai nama sebagai pelakon dalam sesebuah filem boleh dikatakan satu risiko besar buat pengarah mahupun penerbit filem. 

Namun, pengarah filem C144 Human x Nature, Jack Wong berpendapat sebaliknya apabila memilih wajah baharu iaitu Jackson Lee, Nor Mikhail, Shaun Liew, Ibrahim Edward, Jasmine Kaar, DyVianna James, Syahrom Manap, Tam Loong Wah, Kapten Jivarajan dan Rashid Esa.

“Prinsip saya adalah untuk menonjolkan seberapa ramai bakat baharu yang boleh di Malaysia. Kita sebenarnya ada ramai wajah baharu yang berpotensi dan mereka ini layak diberikan peluang untuk menonjolkan kebolehan mereka. 

“Sebab itulah dalam filem C144 Human x Nature ini saya gunakan kesemua bakat-bakat baharu dan pemilihan mereka dilakukan menerusi uji bakat yang diadakan secara terbuka di Jaya Supermarket, Petaling Jaya pada awal 2017. 

“Awalnya, kami anggarkan hanya 20 peserta sahaja yang akan muncul dalam uji bakat ini. Tak sangka yang hadir kira-kira 250 orang. 

“Ia benar-benar mengejutkan kami. Apapun, terima kasih atas keberanian mereka untuk mencuba dan mengambil peluang ini,” katanya kepada Getaran. 

Jack Wong
Jack Wong

Menurut Jack lagi, daripada 250 peserta, 150 daripadanya ada potensi dalam bidang lakonan. 

“Tapi, kita tidak dapat ambil semua dan kami hanya pilih yang benar-benar terbaik, bersesuaian dengan setiap watak yang ditampilkan dalam filem ini. 

“Setelah pemilihan ini ini dilakukan, kami turut mengadakan sesi bengkel lakonan dengan mereka. 

“Oleh kerana majoriti mempunyai pekerjaan tetap dan ada yang menjalankan perniagaan sendiri, bengkel lakonan ini terpaksa diadakan sebanyak empat kali dalam tempoh sebulan.

“Ini kerana kita perlukan komitmen mereka semua dan perlu melakukan koordinasi yang tepat untuk jadual mereka. 

“Bahkan, penggambaran filem ini yang bermula pada November 2017 juga mengambil masa selama setahun untuk disiapkan menerusi empat fasa disebabkan cabaran yang sama. 

“Tapi, saya gembira dan berpuas hati kerana biarpun sibuk dengan kerja, mereka tetap memberikan komitmen yang baik sewaktu berada di set penggambaran,” katanya lagi. 

C144 Human X Nature terbitan Redboy Pictures yang merupakan idea asal Aaron Lim selaku penerbit dan ditulis serta diarahkan Jack ini mengisahkan tentang Jason dan Kamal menemui berita mengenai bangkai pesawat tentera Amerika bernama C-47B yang terhempas di hutan Bubu, Perak pada 1945.

Dua rakan baik ini kemudian menganjurkan ekspedisi mencari bangka pesawat dan bersama peserta lain, mereka melakukan perjalanan ‘eksklusif’ ke tapak nahas yang mengundang pengalaman mengerikan buat mereka. 

Menurut Jack, idea untuk menghasilkan filem ini dicetuskan Aaron yang tertarik dengan kisah pesawat tentera Amerika, C-47B. Kisah ini dikongsi Kapten Rajan yang juga pesara tentera. 

“Aaron berpendapat menyelitkan sejarah itu dalam filem ini suatu idea yang baik. 

“Namun, kita tidak menyentuh terlalu dalam perihal sejarah pesawat itu. Kita sekadar  ambilia sebagai inspirasi dan kemudian hasilkan karya berbentuk fiksyen. 

“Dalam filem ini, sekumpulan anak muda yang mencari bangkai pesawat C-47B berdepan dengan unsur-unsur mistik Orang Asli.  

“Itu yang membuatkan saya tertarik untuk menghasilkan filem ini kerana ingin tahu lebih mendalam budaya kehidupan masyarakat Malaysia terutama melibatkan Orang Asli. 

“Kajian yang dilakukan terhadap penghasilan skrip ini juga berdasarkan pengalaman Orang Asli,” katanya.

C144 Human X Nature kini rancak ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia telah memenangi  empat anugerah antarabangsa iaitu  ‘Filem Terbaik dalam Alam Semula Jadi/Persekitaran/Hutan Liar' dalam Karnival Filem Dunia Singapura 2021, ‘Penulis Terbaik’ (Festival Filem Alternatif Kanada 2020), ‘Sinematografi Terbaik’ (Festival Filem Eropah Sinematik 2021) dan ‘Filem Cereka Terbaik’ (Festival Filem Eropah Timur 2020). 

“Saya tidak menyangka akan memenangi anugerah Penulis Terbaik di Festival Filem Alternatif Kanada 2020 kerana ini merupakan karya dan arahan pertama saya. 

“Karier saya bermula sebagai juruvideo perkahwinan sebelum terjun ke dunia komersial dan kemudian menghasilkan banyak filem pendek untuk projek tanggungjawab sosial korporat. Daripada situlah saya mula membina skil dalam bidang pengarahan filem. 

“Tapi, menerusi anugerah-anugerah yang diterima ini, apa yang saya difahamkan, mereka di luar sana sangat tertarik dengan cerita dan budaya kita. Ada banyak lagi perkara yang mereka ingin tahu mengenai Asia," lagi. 

Filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Bentong, Perak ini akan mengadakan tayangan perdana di Hollywood pada April ini. 

“Saya teruja dan tidak menyangka mereka menganggap C144 Huan X Nature karya yang unik dan mahu buat tayangan perdana.  

“Selain Hollywood, kita juga dalam proses mempromosikan filem ini ke 12 negara lain termasuk Jepun, Korea, China dan beberapa lagi negara Eropah yang berminat menayangkan karya ini di negara mereka,” katanya. 



Gambar: Redboy Pictures 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 jam yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 12 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN