web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Big Stage 2022: Tuah Tersingkir, Aisha Terbaik, Ajoi Dikejarkan Ke Hospital 

Konsert minggu keempat yang berlangsung malam semalam menyaksikan pelbagai perkara berlaku membabitkan pengacara, peserta dan juri. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 2:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu keempat Big Stage 2022 menyaksikan pelbagai perkara menarik yang berlaku yang melibatkan peserta, juri dan pengacara. 

Permulaan konsert dikejutkan dengan kemunculan Elly Mazlein sebagai pengacara menggantikan Sherry Al Hadad yang disahkan positif COVID-19. Gamat jadinya sepanjang program berlangsung dengan teletah Elly yang mencuit hati.

Elly Mazlein
Elly Mazlein

Kemudian kerusi juri pedas pula diisi dengan juri berpengalaman iaitu Datuk Syafinaz Selamat yang adakala tidak bersetuju dengan komen dari juri tetap iaitu Ajai. Datuk Syafinaz juga dilihat memberi input yang berguna buat para peserta berdasarkan pengetahuannya dalam bidang vokal. Namun, komennya terhadap Danial Chuer yang berjalan seperti Bella Hadid menjadi topik hangat netizen di Twitter.

“Pada saya persembahan tadi menghiburkan. Awak ada gaya tersendiri dan berani. Cuma masalah saya tadi bila saya tengok kenapa awak berjalan macam Bella Hadid?” katanya.

Ajoi pula membuat persembahan dalam keadaan yang tidak sihat. Sejurus selepas persembahan, tular di media sosial videonya yang berada dalam keadaan lemah dan akhirnya dikejarkan ke hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. 

Sejak varian Omicron semakin mengganas, satu persatu peserta Big Stage 2022 didapati positif COVID-19 setiap minggu. Kali ini giliran Sofia Marieylla pula yang bernasib malang apabila disahkan positif dan tidak dapat membuat persembahan.

Kreativiti yang dipamerkan oleh Aisha Retno dalam persembahannya yang menyampaikan lagu ‘Lathi’ memukau barisan juri dan melayakkan dia mendapat markah tertinggi daripada Ajai iaitu sebanyak 90 markah. 

Aisha Retno
Aisha Retno

“Persembahan seperti ini yang kita nak tengok. Kamu menyanyi dan menari dan ia bukan sesuatu yang mudah. Mana yang bagus saya cakap bagus. Dalam banyak-banyak persembahan awak, yang ini paling menyerlah,” kata Ajai. 

Sementara itu, keputusan undian yang rendah menyebabkan Tuah Adzmi terpaksa akur dengan markah keseluruhan apabila dia menjadi mangsa penyingkiran yang ketiga biarpun markahnya yang diberikan daripada juri profesional lebih tinggi daripada markah Megat Rahim.

Tuah Adzmi
Tuah Adzmi

“Sebelum saya sertai Big Stage saya sudah tahu bagaimana formatnya. Jadi, saya tak ada rasa terkilan tersingkir disebabkan markah undian rendah kerana saya sudah faham perjalanan program ini. Jika ada yang marah atau kecewa dengan penyingkiran saya pada malam ini, yang marah itu undi ke tak?

“Namun tidak dinafikan semestinya saya ada perasaan kecewa kerana tidak dapat bersama dengan rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan di Big Stage sehingga ke peringkat akhir,” katanya ketika ditemui di sidang media selepas tamat konsert.

Konsert keempat itu menyaksikan Aisha Retno mendominasi carta pemarkahan dengan perolehan 89.6%, diikuti Elica Paujin (85.8%), Danial Chuer (80.2%), Syafiq Abdillah (74.6%), Ajoi Zainal (67.0%), Yazmin Aziz (66.6%), Tegar Septian (63.2) dan Megat Rahim (54.4%). - Getaran, 28 Februari 2022.

Gambar: Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 bulan yang lalu

'Drive For Gaza': 3 Suara, 1 Niat Kemanusiaan Demi Kedamaian Dan Keamanan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN