web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yang Aneh, Menyedihkan Dalam Filem 'Rumah'

'Rumah' adalah karya arahan terakhir mendiang Kay yang mengisahkan bagaimana seorang ibu tunggal bernama Maya sanggup melakukan apa sahaja demi memberi kehidupan selesa buat anaknya, Bella.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 2:06PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teruja sebenarnya menyaksikan filem seram Rumah lakonan primadona negara, Erra Fazira. Rata-rata sudah tahu bahawa Erra jarang beraksi dalam naskhah seram. Jadi, jika dia sudah bersetuju untuk berlakon dalam filem ini, sudah tentu ramai meletakkan harapan tinggi. 

Rumah adalah karya arahan terakhir mendiang Kay sebelum meninggal dunia.  Diterbitkan Mojo Projects Sdn Bhd, filem ini mengisahkan bagaimana ibu tunggal bernama Maya sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan kehidupan selesa buat anaknya, Bella lakonan Puteri Balqis.

Maya (Erra Fazira) berjaya berpindah ke sebuah rumah namun sayangnya kediaman itu ada penunggu. 

Mungkin kerana di luar filem Erra  memang seorang ibu sementara Balqis pula membesar tanpa bapa, mereka dilihat begitu serasi di skrin.  Seolah-olah naskhah itu memang ditulis untuk mereka. 

Selain itu, kita tidak dapat menolak peranan skor muzik dalam sesebuah karya bergenre seram. Bagi Rumah, susunan skornya sangat membantu membangunkan mood dan emosi babak dalam filem ini. Mana tidaknya, ia dirakam 50 ahli orkestra dari Bulgaria. 

Namun begitu, filem ini ada banyak kepincangan khususnya aspek visual dan teknikal. Di babak pembukaan misalnya, pengarah banyak bermain dengan imej janaan komputer terutama ketika kejadian kebakaran.

Malah, teknik yang sama digunakan ketika babak rasuk-merasuk dan jelmaan hantu. Ia sangat mengganggu mata menonton di samping menjadikan babak tersebut nampak murah.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa babak alih suara yang gagal apabila dialog yang dilontarkan berlainan dengan gerak mulut para pelakon. Terutama ketika Bella mendaki tangga sewaktu pulang dari sekolah. 

Pemilihan Bella yang tidak hanya pelakon malah pencerita kepada keseluruhan filem ini bukanlah pilihan yang bijak. Ia membuatkan penonton bingung mengenai signifikan watak pencerita kerana jalan cerita filem ini begitu mudah untuk difahami. 

Filem ini katanya mempunyai satu misi besar iaitu untuk mengetengahkan perjuangan ibu tunggal di mata masyarakat dan cabaran yang terpaksa dihadapi mereka dalam membesarkan anak-anak.

Namun begitu, watak wanita yang ditonjolkan dalam filem ini ternyata berlawanan sama sekali dengan mesej yang ingin disampaikan.

Maya dalam filem ini berkali-kali dipotretkan sebagai wanita yang tidak profesional apabila tidak meletakkan telefon dalam mood senyap semasa mesyuarat.

Malah, dilihat banyak memberi alasan dan paling teruk sanggup minta rehat daripada majikan semata-mata mahu melihat rumah. Seolah-olah tindakan memeriksa keadaan rumah sebelum membeli atau menyewa hanya boleh dilakukan semasa waktu kerja. Ini tidak berasas sama sekali. 

Ada banyak yang boleh dipertikaikan mengenai keputusan yang dilakukan Maya sekali gus menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang ibu yang bijak.

Ini kerana dia sanggup berhutang membeli rumah banglo dan hampir dirogol daripada menyewa sebuah rumah kecil yang selesa untuk mereka berdua di kawasan yang selamat sesuai dengan keadaan kewangannya.

 Filem ini menunjukkan Maya dilihat sebagai figura wanita yang lemah apabila tidak melaporkan perbuatan bekas suami yang selalu mengugutnya kepada pihak berkuasa. Bukan hanya tidak profesional, malah Maya juga bukanlah perempuan berjiwa berani.

Selama dalam panggung, penulis merasakan cerita ini seperti melompat-lompat, terkejar-kejar dan gagal untuk dinikmati dengan sehabis baik. Ia seperti babak yang dicantum-cantum secara paksa dan tidak kemas. Boleh juga dikatakan pengalaman menonton Rumah bukanlah seperti menonton filem, tetapi lebih kepada drama jam 10 malam.

Cerita ini keseluruhannya gagal menghadiahkan penulis perasaan merinding yang sepatutnya ada bagi naskhah genre seram. Apa yang penulis temui hanyalah perasaan aneh kerana rupa-rupanya masih ada karya pada tahun 2022 yang mengingatkan penulis kepada filem-filem yang pernah ditonton 10 tahun lalu.

Rating: 2 Getar

Gambar: MOJO project

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad