Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Filem ‘Psychological Thriller’ ‘Kabus’ Sindir Siapa?

Filem ‘Kabus’ yang membongkar misteri kematian mula ditayangkan di Astro First pada 12 Februari lalu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 8:59AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada lambakan naskah romantik di Malaysia, sudah semestinya kehadiran filem Kabus yang membawakan genre psychological thriller sangat mengujakan sekali gus menawarkan kepelbagaian dan keunikan dalam lapangan lakon layar tanah air. 

Filem terbitan Feisk Productions dengan sentuhan sutradara Feisal Azizuddin sebelum ini pernah memenangi pertandingan filem cereka yang dianjurkan oleh rumah produksi Kuman Pictures dan ditayangkan pada 2020. 

Nampaknya, rezeki memihak kepada Kabus apabila selepas dua tahun, mereka dilamar oleh pihak Astro untuk menayangkan filem ini kembali di Astro First bermula 12 Februari lalu.

Kabus menampilkan dua watak utama iaitu Ayang lakonan filem sulung Sara Mack Lubis dan Hazim lakonan Syazani Zikri. 

Bukan itu sahaja, filem ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai inspektor yang rupanya bertindak sebagai ‘pencerita’ yang menggerakkan keseluruhan cerita selama 70 minit ini.

Hazim merupakan seorang penghantar barang. Lelaki yang pendiam, hanya bersuara bila perlu dan memiliki sepasang mata yang terluka. 

Dia duduk berjiran dengan Ayang, gadis yang memiliki personaliti yang sangat berlawanan iaitu suka marah, bermulut lancang dan sangat mementingkan materi walaupun dia hanyalah bekerja sambilan untuk seorang selebriti media sosial. 

Kabus dimulakan dengan misteri kematian ibu kepada Ayang. Hazim dan Ayang adalah suspek utama kepada pembunuhan itu dan dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat. 

Di sinilah bermulanya drama, keanehan dan persoalan-persoalan yang membawa penonton ke hujung cerita ini. 

Menurut penulis, Kabus membawakan suatu mesej yang sangat penting menerusi watak Ayang iaitu seseorang yang sangat mementingkan materi seolah-olah status hidup ditentukan dengan jenama apa yang kita miliki dan populariti seseorang. 

Jika kita memiliki kedua-dua ini, barulah kita dianggap sempurna. Masyarakat kita hidup dalam budaya yang dipanggil culture of social comparison di mana kita mahu hidup seperti orang lain di media sosial hingga kita sanggup menipu dan terseksa asalkan nampak hebat sedangkan kehidupan di alam maya sungguh tidak nyata. 

Di sinilah kabusnya, sempadan antara realiti dan fantasi yang diciptakan dalam kepala sendiri. 

Hazim menggadai dirinya untuk memperoleh cinta Ayang yang juga tidak jujur dan bermusim bergantung kepada materi apa yang mampu diberi. 

Masyarakat hari ini hidup dalam kekabusan, kesamaran antara realiti dan fantasi. Kita mudah tersesat dan terperangkap. Filem ini menyindir kita semua.

Di sinilah penulis melihat bagaimana pengarah mengadun mesej ini dalam karyanya. Jika diperhatikan ada dua tona warna berbeza dalam filem ini. 

Ada babak yang seperti berkabus menandakan ia adalah dimensi fantasi Ayang dan Hazim. Di situlah kepalsuan tercipta dan di situ jugalah mereka berada. 

Kerana ini merupakan filem psychological thriller, maka skor muzik yang dipilih sangat penting untuk menambah mood debaran, panasaran dan keterujaan kepada penonton. 

Kabus berjaya menciptakan itu semua melalui skor muzik mereka. 

Namun begitu, terdapat langgam yang longgar dari jalan cerita Kabus membuatkan filem ini terasa sangat panjang dan lewah. 

Ada beberapa dialog dan babak yang meleret membuatkan konsentrasi penulis semakin mengendur selepas 15 minit pertama. 

Mungkin kerana memiliki bajet yang terhad membuatkan pasukan produksi menggunakan segala peralatan yang terbatas untuk merakam babak dalam filem itu. 

Namun begitu, shot filem ini tidak mempunyai banyak sisi dan dirasakan kurang membantu dalam memberikan mood yang sepatutnya dalam karya bernuansa thriller.

Penonton juga pasti keliru adakah sesi soal jawab bersama inspektor dilakukan di dalam rumah atau  Ayang dan Hazim atau adakah mereka sedang berada di dalam balai? 

Sekiranya pengarah hanya fokus kepada subjek dan menggelapkan kawasan sekeliling, ia akan menampakkan babak demikian lebih kemas dan ‘menjadi’. 

Mungkin juga kerana filem ini berkos rendah, wajah Tony hanya disiarkan kurang seminit dalam filem ini. 

Kalau wataknya lebih hidup dan dipanjangkan, pasti akan memberikan sentuhan yang berlainan dalam Kabus

Apapun, melihat kepada penghasilan Kabus, naskhah ini wajar diberi pujian dan peluang untuk ditonton, apalagi ia dirakamkan dalam kesendatan waktu iaitu semasa musim pandemik. 

Keberanian mereka untuk keluar daripada genre yang memenuhi pasaran tempatan juga perlu diberi perhatian. 

Jika anda ingin menonton karya yang menawarkan kelainan, Kabus adalah jawapannya! - Getaran, 15 Februari 2022

Rating: 3 Getar

Gambar: Feisk Productions

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Selepas Diserang Virus Latah, Penduduk Kampung Latah ‘Kecoh’ Dikejar Mumia Pula 

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Kan Cheong': Cukupkah Kita Jika Hanya Sekadar Berdebar?

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Pengarah 'Mael Totey' Cabar Diri Bikin Filem CGI Rentas Masa, '35MM' 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

MK K-Clique Pernah Kerja Tarik Kereta

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 6 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran