web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengarah Janji Kelainan, 'Love Alarm 2' Mula 'Trending!'

Sudah sediakah anda untuk menonton musim kedua siri 'Love Alarm'?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 7:21PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa jam sahaja lagi sebelum rancangan siri Korea Selatan ‘Love Alarm’ musim kedua ditayangkan melalui laman penstriman Netflix. Media sosial sudahpun dibanjiri dengan tanda pagar memandangkan penonton sangat teruja menantikan episod sambungan kisah percintaan yang memerangkap tiga orang anak muda. 

Siri drama romantis ini diadaptasi daripada komik atas talian terkenal Korea dengan nama yang sama. ‘Love Alarm’ ialah sebuah aplikasi yang boleh mengesan jika ada seseorang menyimpan perasaan terhadap kita dalam radius 10 meter daripada tempat berada. 

Drama ini dilakonkan oleh tiga watak utama iaitu Kim So Hyun, Jung Ga Ram dan Song Kang. Mereka bertiga terperangkap dalam hubungan cinta tiga segi yang bakal mendera perasaan masing-masing.

Bercerita tentang kelainan dan keunikan yang bakal ditampilkan  oleh ‘Love Alarm 2’ ini, pengarahnya iaitu Kim Jin Woo menjangkakan bahawa penonton mungkin akan menyukai perjalanan cerita musim terbaharu ini memandangkan setiap watak akan lebih banyak menonjolkan emosi mereka seperti gelisah, sedih serta keliru dalam membuat keputusan. 

Bukan itu sahaja, watak-watak baru juga diwujudkan bagi menambah drama dan konflik untuk musim terbaharu ini. Antara pelakon yang akan turut sama menjayakan musim kedua ini ialah Go Min Si, Ki Do Hoon dan Kim Si Eu.

Terdahulu, ‘Love Alarm’ musim pertama telah mencatatkan jumlah tontonan yang memberangsangkan apabila tersenarai sebagai antara siri yang paling popular di Netflix pada tahun 2019.

Love Alarm’ musim kedua akan mula ditayangkan hari ini! Kami di Getaran nak pergi beli popcorn. Selamat menonton! - Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...