web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netflix Tampilkan 8 Karya Pelbagai Genre Sempena Tahun Baharu Cina 

Daripada filem aksi, komedi, romantik, misteri, epik , fantasi sehinggalah animasi, luangkan masa untuk menontonnya bersama keluarga tercinta. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 11:21AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini tidak akan lengkap tanpa menyaksikan filem-filem dan siri pelbagai genre menarik iaitu aksi, komedi, romantik, misteri, epik , fantasi dan animasi di Netflix. 

Luangkan masa bersama keluarga tercinta untuk menyaksikan lapan filem dan siri pelbagai genre ini iaitu Once Upon A Time, Bleeding Steel, Buddy Cops, Zero To HeroGreen Snake, Yanxi Palace: Princess AdventuresThe Falls dan 'Light The Night'. 

Once Upon A Time 

Buat peminat genre romantik fantasi, Once Upon A Time adalah sebuah filem yang pastinya sesuai ditonton sempena sambutan Tahun Baharu Lunar ini. 

Sebuah filem mengenai cinta terlarang, Once Upon A Time dibintangi Liu Yi Fei sebagai dewi dari alam syurga yang bernama Bai Qian. 

Bai Qian mencintai gurunya, Mo Yuan. Namun penyatuan mereka tidak berpanjangan kerana satu-satunya cara untuknya menewaskan puak Raja Iblis adalah dengan cara mengorbankan dirinya sendiri. Apa yang terjadi pada Bai Qian? 

Bleeding Steel 

Filem ini dibintangi bintang legenda Kung Fu kesayangan Malaysia iaitu Jackie Chan. Dalam filem ini, Jackie membawakan watak ejen khas bernama Lin Dong yang ditugaskan untuk melindungi seorang ahli saintis. 

Lin Dong juga perlu memastikan bahawa penemuan yang dilakukan ahli saintis itu tidak jatuh ke tangan penjahat. 

Bagaimanapun, Lin Dong akhinya menyedari bahawa kehilangan anak perempuannya itu barangkali mempunyai kaitan dengan eksperimen biokimia yang berbahaya itu. Apakah Lin Dong akan terus melindungi ahli saintis tersebut? 

Buddy Cops 

Filem aksi komedi Hong Kong ini pasti akan membuatkan anda tertawa tidak henti-henti. Dibintangi Bosco Wong, pelawak King Kong Li, Kate Tsui dan Charmaine Fong, mengisahkan tentang dua pegawai polis yang saling membenci antara satu sama lain, tetapi akhirnya menjadi saudara tiri dan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan sebuah kes baharu. 

Zero To Hero 

Filem yang sangat menyentuh hati serta menyuntik inspirasi ini dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang pelari Paralimpik Hong Kong iaitu So Wa-wai. 

Bukan sahaja berjaya memecahkan rekod dalam lariannya, bahkan So Wa-wai juga memenangi 12 pingat Paralimpik di antara 1996 hingga 2012, biarpun bertarung dengan penyakit cerebral palsy.

Filem yang dijayakan pelakon Sandra Ng ini berjaya memenangi hati ramai serta turut terpilih mewakili Hong Kong bagi kategori Filem Ceraka Asing Terbaik di Academy Awards ke-94. Ia juga menyampai mesej yang kuat bahawa seseorang itu masih boleh berada di puncak, sekalipun berdepan dengan ketidakupayaan diri. 

'Light The Night'

Siri Taiwan ini berkisar mengenai keadaan yang berlaku di sebuah kelab malam Jepun. Ia tertumpu kepada mamasan iaitu wanita yang menjadi penjaga kelab malam, wanita-wanita yang bekerja di kelab malam dan skandal mereka yang kebanyakannya adalah lelaki yang sudah berkahwin. 

Di sebalik kehidupan penuh glamor mereka dengan stail fesyen padding bahu besar, rambut keriting besar dan anting-anting besar, berlaku misteri pembunuhan yang akan mencetuskan ketegangan dalam perjalanan siri ini.  

Saksikan siri yang dibintangi pelakon taiwan berbakat Cheryl Yang, Yo Yang, Rhydian Vaughan dan Derek Chang.

Green Snake 

Filem animasi fantasi memaparkan tentang perjalanan seorang lelaki bertopeng misteri, Verta - ular syaitan hijau yang berusaha menyelamatkan adiknya, Blanca Ular Putih daripada ditangkap biarawan pembunuh syaitan, Fahai. 

Sewaktu cuba membebaskan Blanca daripada cengkaman Fahai, dia tiba di sebuah kota dan bertemu dengan seorang lelaki mister yang langsung tidak dapat mengingati kehidupan silamnya. 

Yanxi Palace: Princess Adventures

Filem epik yang penuh dengan kejutan ini berlatar belakang era dinasti Qing. Puteri daripada dinasti Qing yang dilakonkan Wang Herun menyimpan dendam terhadap keluarganya sendiri apabila dia terjebak dengan pengkhianatan cinta. 

Banyak pertukaran plot tidak dijangka berlaku terutama yang melibatkan babak-babak di Kota Larangan. Anda pasti akan terus mahu menyaksikan filem Yanxi Palace: Princess Adventures dari awal hingga akhir. 

The Falls

Filem Taiwan ini yang dibintangi Alyssa Chia dan Gingle Wang ini mengisahkan tentang hubungan ibu dengan anak perempuannya. 

Pin-wen sudah bercerai dan mempunyai masalah dengan anak remaja perempuan bernama Xiao Jing. 

Namun, apabila terpaksa melakukan kuarantin kendiri di rumah akibat COVID-19, ibu dan anak ini berupaya berdepan dengan halangan peribadi dan ketegangan dalam hubungan mereka. - Getaran, 1 Februari 2022


Gambar: Netflix 

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN