web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sharnaaz Sang Bara, Nobatkan Tiro Juara MLM 2021

Tiro yang dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful berjaya mengutip markah 10 HA sempurna apabila berjaya memberikan persembahan yang berkesan menerusi dua tugasan bertemakan bebas dan muzikal.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 5:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) menutup tirai dengan menobatkan kumpulan Tiro sebagai juara sekali gus membawa pulang trofi beserta hadiah wang tunai RM500,000 pada malam Jumaat lalu. 

Tiro yang dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful berjaya mengutip markah 10 HA sempurna apabila berjaya memberikan persembahan yang berkesan menerusi dua tugasan bertemakan bebas dan muzikal. 

Dengan markah tertinggi yang dikumpul mereka itu, Tiro turut menerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dengan wang tunai berjumlah RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500.

Naib juara berpihak kepada Puteh dengan membawa trofi dan hadiah wang tunai RM250,000, manakala tempat ketiga pula dimenangi Boro dengan trofi serta hadiah wang tunai RM150,000. 

Kumpulan underdog, Bahye pula berjaya menempatkan diri di tempat keempat. Bahye yang dianggotai Zahid, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic pulang dengan trofi dan wang tunai RM50,000. 

Sementara kumpulan Tobat yang dianggotai pelawak-pelawak senior, Ajak, Ropie dan Bell Ngasri hanya sekadar berpuas hati apabila meraih tempat kelima dengan trofi dan wang tunai RM15,000. 

Program lawak realiti ini dihoskan Datuk AC Mizal serta dibarisi juri tetap dari kalangan selebriti pelbagai medium seni hiburan seperti Diana Danielle, Uqasha Senrose, Noh Salleh dan Datuk Rosyam Nor selaku ketua. 

Menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui undian secara online, edisi MLM kali ini tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan Sang Bara sebagai ikon MLM yang turut bertindak sebagai juri.  

Apa yang menarik, pada pentas akhir MLM 2021 ini, pihak Astro telah mendedahkan identiti Sang Bara yang selama ini menjadi tanda tanya ramai. 

Ramai yang tidak menyangka bahawa Sang Bara itu adalah pelakon Sharnaaz Ahmad yang telah muncul sebagai juri program tersebut selama 10 minggu berturut-turut. 

Berikut adalah markah penuh kelima-lima kumpulan yang bertanding di di pentas akhir MLM 2021: 

Tiro: 66.97%

Puteh: 63.91%

Boro: 59.78%

Bahye: 56.88%

Tobat: 53.26%

- Getaran, 20 Disember 2021

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem ‘Duan Nago Bogho’ Arahan Sabri Yunus Angkat Kisah Pergaduhan Mak Yong Demi Maruah Seni

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Jangan Biarkan Filem ‘Juang’ Berjuang Sendirian Di Pawagam – Pergilah Menonton!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN