web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Dongeng Inspirasi Drama 'Mr. Millenium', 'Cheritera' 

Memahami selera penonton, TV9 menampilkan dua drama yang mengangkat kisah dongeng sebagai wadah hiburan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah dongeng memang cukup diminati masyarakat kita. Antara kisah dongeng yang sentiasa meraih perhatian adalah kebolehan merentasi masa dengan persengketaan Bawang Putih dan Bawang Merah.

Kisah dongeng merentasi masa ini telah dipaparkan menerusi drama bersiri Mr. Millenium yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam bermula 7 Disember lalu di TV9, manakala 'Cheritera' yang memaparkan kisah Bawang Putih dan Bawang Merah pula ke udara setiap Sabtu, 8.30 malam sejak 11 Disember lalu. 

'Mr. Millenium' arahan Azmi Hata terbitan MIG Production Sdn. Bhd. mengisahkan pasangan suami isteri, Jamil dan Mastora hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60-an. 

Walaupun tidak dikurniakan anak, Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. 

Jamil kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi pada masa hadapan. Suatu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden!

Dalam perjalanan pulang, Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian malah dia menjadi popular serta kaya. Jika diberikan peluang itu dan dilimpahan kemewahan hidup, apakah pilihan yang akan dilakukan Jamil dalam Mr. Millenium? Ikuti drama bersiri 'Mr. Millenium' yang dibintangi Aqasha dan Cristina Suzanne. 

'Cheritera' arahan Datuk Jurey Latiff Rosli terbitan Threefive Production Sdn. Bhd. pula adalah kesinambungan selepas Bawang Putih berkahwin dengan Putera Raja.

Setelah selamat menikahi Raja Nazari, Bawang Putih hidup bahagia dan dikurniakan seorang anak yang dibei nama Puteri Bella.

Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak berbuat jahat kepadanya, Puteri Bella amat membenci Luna. Semuanya terungkai kerana Luna adalah anak kepada Bawang Merah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Bawang Merah akan berdamai dengan Bawang Putih ataupun terus berdendam walaupun sudah mempunyai anak? Apakah yang berlaku di antara Puteri Bella dengan Luna? Drama bersiri ini dibintangi Shalma Eliana, Bella Dowanna dan Jabir Meftah. - 17 Disember 2021



Gambar: TV9

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN