web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Raya and the Last Dragon' Meminjam Tema Legenda Asia Tenggara

Ikuti ulasan Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran tentang filem animasi terbaru Disney yang telah lama dinanti-nantikan oleh penduduk dunia.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 10:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lama ditunggu-tunggu, pawagam-pawagam terpilih di seluruh Malaysia akhirnya mula dibuka selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak kerajaan awal minggu ini.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh para penggemar filem yang suka menonton wayang di pawagam secara fizikal. Dan sesuai dengan pengumuman ini, filem animasi Disney yang paling diantisipasi awal tahun ini akhirnya menemui penonton Malaysia.

Diberi nama Raya and the Last Dragon filem ini, merupakan sebuah kisah fantasi yang menarik dan pasti bakal disukai oleh seisi keluarga (khasnya kanak-kanak).

Ia mengisahkan Raya seorang puteri dan pahlawan sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan ‘Heart’, salah satu negara di dunia yang dipanggil Kumandra.

Raya dan ayahandanya Benja bertanggungjawab untuk melindungi sebuah batu hikmat yang dicipta seekor naga sakti 500 tahun dahulu untuk mempertahankan dunia dari satu kuasa kejahatan yang digelar Druun.

Namun batu hikmat yang disimpan di negara mereka ini menjadi rebutan kerajaan-kerajaan lain yang sentiasa cuba meraihnya demi kepentingan masing-masing.

Gara-gara sikap Raya dan ayahnya yang terlalu percaya kepada orang asing, batu hikmat itu akhirnya dirampas mereka yang berniat jahat dan pecah menjadi beberapa serpihan dan dicuri oleh empat ketua kerajaan lain.

Lantas kuasa jahat yang bernama Druun itu muncul kembali dan menukar sebahagian besar manusia menjadi batu, termasuk ayah Raya sendiri.

Enam tahun kemudian Raya yang lebih dewasa bercita-cita mencari naga sakti terakhir yang diceritakan 500 tahun lalu demi menyelamatkan ayahnya dan manusia sejagat.

Namun setelah menemui naga sakti tersebut pengembaraannya menghadapi pelbagai rintangan lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang telah hilang kepercayaan terhadap sifat baik manusia.

Seperti semua filem Disney lain, ia ada mesej yang lebih besar dan positif buat semua yang menonton. Namun jalan ceritanya sebenarnya agak mudah dan mempunyai formula yang sama dengan filem-filem kembara fantasi yang pernah kita tonton sebelum ini.

Berlandaskan tema setia kawan dan kepercayaan, ramai mungkin boleh meneka apa yang akan terjadi sepanjang pengembaraan Raya.

Sungguhpun begitu, Raya and The Last Dragon mempunyai kelebihan istmewa di mana latar belakang filem ini mengangkat suasana alam semula jadi yang dipinjam dari persekitaran Asia Tenggara. Olahan konsep penulisan layar yang diambil dari legenda-legenda negara-negara Indochina menjadikan filem ini berbeza daripada filem-filem animasi Disney yang lain sebelumnya.

Ditambah pula dengan suara-suara yang dilakonkan oleh bintang-bintang tersohor masa kini seperti Kelly Marie Tran sebagai Raya, Awkwafina sebagai Sisu si naga sakti dan Gemma Chan sebagai musuh ketat Raya serta ramai lagi, filem ini pasti bakal menghiburkan semua yang menonton.

Raya and The Last Dragon boleh ditonton di kebanyakan pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 5 Mac 2021. – Getaran, 6 Mac 2021.

Semua gambar: Disney Malaysia

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...