web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Drama Gay Mohon Maaf, Akui Khilaf Dan Naif

Pelakon-pelakon drama bersiri ‘Stay Away From Me’ yang disiarkan di aplikasi songsang membuat permohonan maaf serta bakal ambil tindakan mahkamah.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 3:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon drama digital bersiri kontroversi ‘Stay Away From Me’ iaitu Danish Iskandar tampil membuat permohonan maaf ketika sidang media bersaksikan wakil peguam. 

Turut sama hadir membuat permohonan maaf adalah dua lagi pelakon siri berkenaan iaitu Rees Ayman, 25 dan Hardy Saiful, 40.

"Saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan mengenai isu yang telah tercetus. Kami sama sekali tidak menyokong LGBT.

"Semua yang berlaku ini adalah kenaifan saya sebagai orang baru dalam industri. Saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi," kata Danish.

Menurut peguam ketiga-ketiga pelakon berkenaan iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid, anak guamnya hanya dimaklumkan bahawa jalan cerita drama tersebut adalah berkisarkan persahabatan dan tiada penceritaan yang berkaitan atau berunsur hubungan songsang. 

Peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid
Peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid

Sepanjang perbincangan dan penggambaran yang berlangsung sekitar Ogos 2021 sehingga September 2021, pihak produksi tidak menjelaskan perihal mempromosikan aplikasi 'Blued' melalui tayangan drama tersebut.

Skrip yang diserahkan juga menunjukkan kandungannya sebagai sebuah cerita yang berkisarkan persahabatan. 

Tambahnya lagi, ia adalah sesuatu perkara yang biasa bahawa suatu skrip asal diolah dan ditambah on the spot untuk disesusaikan dengan jalan cerita.

Namun kedua-dua pelakon utama drama berkenaan iaitu Danish dan Rees berasa sedikit canggung untuk melakukan babak-babak yang diarahkan oleh pengarah kerana ia tidak seperti yang digariskan dalam penceritaan asal. 

Susulan itu, ketiga-tiga pelakon yang terlibat telah membuat laporan polis pada 10 disember 2021 di Balai Polis Dang Wangi. Mereka juga bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pihak produksi berkenaan berkaitan isu moraliti tujuan penggambaran tersebut.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu moraliti, kata Datuk Wan Azmir jika sesuatu kontrak itu bercanggah dengan moraliti masyarakat di Malaysia, kontrak itu mungkin boleh terbatal. 

"Saya masih dalam perbincangan sama ada kita nak meminta pihak produksi untuk menyekat bahagian-bahagian di mana terdapat penglibatan Danish dan anak guam saya yang lain. Kerana tujuan produksi ini adalah menghasilkan sebuah karya yang mengganggu moraliti masyakarat di Malaysia.

"Pihak kami juga masih meniliti jika terdapat unsur-unsur tentang fakta-fakta yang tidak dimaklumkan sama ada wujudnya manipulasi. Itu adalah bahagian yang kami cuba untuk selidik. Antara lain adalah sama ada kekhilafan atau kenaifan Danish boleh ditafsirkan sebagai pertujuan dia.

"Saya faham ramai pihak yang berkata takkan lah tidak tahu hala tuju cerita ini. Tapi jika anda tonton dua episod yang ditayangkan, tak nampak lagi unsur-unsur ke arah sesuatu (hubungan songsang).

"Apa yang menjadi kesukaran bagi pihak guaman adalah saya kita tak tahu apa perjanjian diantara kedua belah pihak kerana tiada hitam putih," katanya. 

Ditanya mengenai kes ini yang mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata Datuk Wan Azmir, setakat ini anak guamnya masih belum dihubungi oleh pihak JAKIM namun kesemua mereka sedia memberikan kerjasama anda diminta untuk berbuat demikian. 

Disebabkan kontroversi ini melibat pelakon yang masih dibawah umur, pastinya masyarakat akan turut menyalahkan ibu dan bapa Danish.

Menurut bapa Danish yang juga merupakan pengurusnya iaitu Muhammad Burhanuddin, sewaktu di awal perbincangan, pihak produksi sama sekali tidak memberitahu bahawa drama ini akan ditayangkan di aplikasi untuk golongan homoseksual.

"Daripada awal perbincangan sampailah akhir penggambaran, tidak pernah sekali pun pihak produksi memberitahu tentang drama ini akan ditayangkan di aplikasi berkenaan.

"Apabila mereka meminta untuk Danish membuat promosi, barulah kita dapat tahu," katanya.

Danish juga ditemani oleh ibu dan bapanya sewaktu menjalani penggambaran yang berlangsung selama empat hari. 

"Apabila dilihat sewaktu penggambaran, memang tidak perasaan bahawa drama ini berkisarkan tentang hubungan LGBT, tetapi selepas melihat hasil yang disunting baru boleh nampak," jelasnya. 

Sementara itu Danish yang bakal mengambil peperiksaan berkata, dia akan serahkan segalanya kepada pihak peguam kerana tidak mahu masalah ini menganggu konsentrasinya menghadapi peperiksaan. – Getaran , 11 Disember 2021

Gambar : Helmi Anuar menggunakan iPhone 13 Pro

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Cetus Kontroversi Di China: Pelancong Malaysia Tampil Mohon Maaf 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN