web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘West Side Story’ Versi Steven Spielberg Menambat Hati

Muzikal ulung yang sering dipentaskan di Broadway, New York difilemkan sekali lagi dengan jayanya di bawah arahan sutradara tersohor Steven Spielberg.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

West Side Story tersenarai sebagai salah satu teater muzikal asal Amerika Syarikat yang paling popular dalam sejarah dunia teater. 

Muzikal asal ini digarap oleh Jerome Robbins dengan muzik oleh Leonard Bernstein, serta lirik nukilan mendiang Stephen Sondheim. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun 1957 dan diilhamkan daripada kisah Romeo dan Juliet tulisan William Shakespeare. 

Setelah dipentaskan berkali-kali di persada Broadway di New York sehingga hari ini dan difilemkan pada tahun 1961, kini ia diolah lagi ke layar perak dengan sentuhan yang sedikit berbeza. 

West Side Story versi filem kali ini dibintangi teraju utama Ansel Elgort dan Rachel Zegler. Namun apa yang menjadikannya lebih menarik adalah ia diarahkan sutradara filem tersohor Hollywood, Steven Spielberg.

Sungguhpun Spielberg lebih sinonim dengan filem-filem berunsur sains fiksyen dan seumpamanya, sentuhan ajaibnya dalam karya muzikal ini ternyata tidak kurang hebat dengan arahannya dalam filem-filem lain sebelumnya.

Bagi yang tidak tahu West Side Story mempunyai premis yang sangat mudah, mengisahkan percintaan yang tidak diterima atau direstui oleh kedua-dua belah pihak, seperti cerita Romeo dan Juliet.

Tirai penceritaan dibuka dengan babak yang menunjukkan bandar New York pada tahun 1950-an yang ketika itu mempunyai unsur perbalahan di antara dua kumpulan penduduk, iaitu komuniti kulit putih yang diwakili sekumpulan anak muda bergelar The Jets dan juga masyarakat Amerika Latin yang diwakili kumpulan bergelar The Sharks, yang rata-rata terdiri daripada penduduk asal Puerto Rico.

Ia berkisar Tony salah seorang penduduk kulit putih di kawasan West Side atau barat New York yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Maria yang berketurunan Amerika Latin dan berasal dari Puerto Rico.

Maria yang juga mencintai Tony semestinya mendapat tentangan daripada abangnya sendiri, Bernardo selain komuniti Puerto Rico setempatnya juga.

Tony bagaimanapun tetap dengan keputusannya untuk memperisterikan Maria dan mencuba sedaya upaya untuk berbaik dengan abang Maria dan meyakinkan kumpulannya The Jets untuk berdamai dengan kumpulan The Sharks dan masyarakat Amerika Latin di situ. 

Biarpun jalan ceritanya sebenarnya sangat mudah namun apa yang menghidupkan kisahnya semestilah unsur nyanyian serta tarian yang ditampilkan sepanjang filem ini.

Selayaknya sebuah filem muzikal, lagu-lagu serta tarian yang ditampilkan sememangnya sangat menghiburkan dan lebih penting, mesej sosial yang diangkat dalam filem ini juga memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran tentang persefahaman dan pentingnya memusnahkan unsur perkauman atau pembezaan menurut bangsa.

Oleh kerana ia diterbitkan pada tahun 2021, pada era ‘woke’ yang sangat mementingkan keterangkuman, muzikal ini menjadi sangat relevan dan wajar ditonton oleh semua sebagai satu peringatan.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa ia adalah sebuah muzikal sejati yang diangkat dari pentas teater ke layar lebar. Jadi, jika anda bukan peminat filem sedemikian rupa, filem ini bukanlah untuk anda.

Tetapi, andai anda pencinta seni tari dan nyanyian bak filem-filem Hindustan dengan nuansa barat, karya ini pasti bakal anda sukai!

Filem West Side Story mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Disember 2021. - Getaran, 9 Disember 2021

Rating: 4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN