web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Pernah Terlintas Jadi Pengarah Filem - Mawi

Lebih meminati bidang pengarahan berbanding nyanyian, bagi Mawi kerjaya baharunya itu memberikan lebih kepuasan apabila dapat merealisasikan apa yang dibayangkan sewaktu berkarya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 9:43PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang kini bergelar penerbit dan pengarah filem, Asmawi Ani atau Mawi, 39, mengakui pada awalnya dia hanya sekadar mahu menjadi penerbit filem, drama dan program TV apabila berpeluang menceburkan diri dalam bisnes industri kreatif hiburan.

“Memang tidak pernah terlintas langsung di hati saya untuk menjadi seorang pengarah. Hingga saat ini pun, saya tidak menyangka bahawa perjalanan kerjaya saya daripada seorang penyanyi kini bertukar haluan menjadi pengarah,” katanya kepada Portal Getaran. 

Menurut Mawi, penglibatannya dalam dunia pengarahan bermula apabila dia seringkali turun ke lokasi dan duduk bersama beberapa pengarah yang membantu menghasilkan karya-karya terbitan syarikat produksinya, Mawi World Entertainment. 

“Ada satu karya itu, cerita asalnya saya sendiri yang tulis. Bila saya tengok pengarah itu buat, saya rasa saya juga boleh buat dan apa yang dia buat itu pula tidak seperti apa yang saya mahukan atau bayangkan. 

“Dari situ saya cuba belajar mengarah. Saya mulakan langkah sebagai pengarah menerusi drama 'Pak Nil Ibu Kirim Salam' bersama Jamal Khan. 

“Dalam drama tersebut, Jamal fokus aspek teknikal dan syot, manakala saya pula mengendalikan bahagian lakonan.

"Kemudian barulah saya berani arahkan drama pertama saya sendiri iaitu 'Rock Sangkut',” katanya sewaktu ditemui di majlis sidang media Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) baru-baru ini. 

Jelas Mawi lagi, dia sama sekali tidak pernah menyertai atau mengikuti mana-mana kelas dan bengkel pengarahan secara formal. 

“Saya banyak belajar daripada pengalaman dan apa yang saya nampak setiap kali berada di set penggambaran.  

“Sebagai contoh, waktu saya membintangi filem Magika dan Jin Notti, saya cuba ambil tahu tentang segala aspek penerbitan sesebuah produksi. 

“Dari situ, saya mula faham bahawa sesebuah produksi drama dan filem mempunyai beberapa jabatan dan setiap orang yang bekerja dalam jabatan tersebut mempunyai tugas serta peranan tertentu,” katanya. 

Mengakui dirinya kini lebih meminati bidang pengarahan berbanding nyanyian, Mawi berkata, kerjaya seni baharunya itu memberikan kepuasan yang berbeza. 

“Nyanyian minat saya sejak kecil walaupun hanya bermula dengan nasyid, mengaji dan tilawah al-Quran. 

“Namun, untuk bidang pengarahan yang baru saya terokai ini, kepuasannya lebih dirasai apabila dapat realisasikan apa yang kita bayangkan sewaktu berkarya. Barisan pelakon pula dapat sampaikan apa yang kita mahukan dan pasukan produksi juga turut memberi dengan sepenuh hati. 

“Ghairahnya menjadi lebih tinggi apabila karya kita mendapat maklum balas baik daripada penonton dan apa yang kita sampaikan itu mereka faham. Itu membuatkan kita rasa lebih dihargai dan mahu terus berkarya lagi dan lagi," jelasnya. 

Filem pertama terbitan dan arahannya, Tiada Tajuk telah tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Skrin 2019 pada tahun lepas.  

Kata Mawi, dia sama sekali tidak menyangka Tiada Tajuk tersenarai dalam kedua-dua kategori tersebut.

“Bayangkan dua pelakon saya iaitu Joey Daud dan Along Cham dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan apabila filem ini turut tersenarai dalam kategori Lakon Layar Terbaik, bermakna karya saya diterima. Kalah menang itu belakang cerita. 

“Tentang FFM31, saya tidak tahu filem ini tercalon dalam berapa kategori kerana pihak penganjur tidak maklumkan senarai Top 10 atau Top 5,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbitan dan arahan keduanya, Hantu Kuat Ketawa dalam waktu terdekat ini di Astro First. - Getaran, 7 Disember 2021

Gambar: WHAM

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN