web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Dukun Diva' Menghiburkan!

Astro Originals muncul dengan naskhah terbaharu,'Dukun Diva' yang menampilkan ramai bintang hebat iaitu Nadia Aqilah, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff dan Eyka Farhana.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Astro Originals muncul dengan sebuah lagi drama bersiri menarik iaitu 'Dukun Diva' yang  bakal bersiaran setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra.

Jika sebelum ini slot Astro Originals menayangkan drama bertema berat iaitu 'I- Tanggang', kali ini 'Dukun Diva' yang bertemakan komedi mengambil alih dan bakal menghiburkan anda sekeluarga.

Dibintangi Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosmila, Tony Eusoff, Adlin Aman Ramli dan Kahoe, 'Dukun Diva' bukanlah drama komedi biasa.

Kenapa penulis berkata begitu? Ini kerana Dukun Diva menampilkan format atau corak yang hampir sama seperti anda menonton sebuah filem.

Sinematografi serta warna drama ini membuatkannya kelihatan mahal dan berkualiti. 

Kehebatan lakonan barisan bintang utamanya tidak perlu dipertikaikan lagi. Siapa yang mampu menidakkan kebolehan Nadia Aqilah, Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramli?

Drama arahan Ariff Zulkarnain dan skrip ditulis oleh Alfie Palermo ini mengisahkan seorang pelakon 'sendu' bernama Che Yah lakonan Nadia Aqilah sudah lama tidak berlakon dan akhirnya menjadi GRO di kelab dangdut.

Sewaktu zaman mudanya, Che Yah bercita-cita tinggi untuk bergelar primadona, namun dek kerana sikapnya yang berlagak diva di set penggambaran, tempatnya digantikan dengan pelakon baru bernama Juliana Evans.

Che Yah memiliki seorang kakak dan mereka dibesarkan di rumah anak yatim. Pada satu hari Che Yah mendapat berita kakaknya sedang nazak dan itulah kali pertama mereka bertemu setelah 18 tahun tidak bersua muka. 

Malangnya kakaknya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Lola lakonan Eyka Farhana. Lola seorang yang kasar dan gemar mencuri. Biarpun tidak sebulu, Che Yah telah berjanji dengan kakaknya untuk menjaga Lola.

Dalam masa sama, seorang jutawan kosmetik popular iaitu Datuk DD lakonan Emelda Rosmila berdepan masalah rumahtangga apabila suaminya bermain kayu tiga. 

Che Yah yang terdengar kisah Datuk DD ketika berkunjung ke sebuah salon telah menyamar sebagai dukun selepas melihat Lola berjaya memperdayakan Ah Long dengan lakonannya seperti dirasuk hantu. 

Dia berpakat dengan Lola untuk menjadi dukun dan memperdayakan Datuk DD demi melunaskan hutangnya kepada Ah Long. Sepanjang menyamar sebagai dukun demi mengejar wang RM100,000 yang ditawarkan oleh Datuk DD, pelbagai kisah menarik dan lucu yang berlaku.  

Selepas menonton dua episod pertama drama ini, apa yang boleh penulis simpulkan, 'Dukun Diva' bukanlah komedi hambar. Anda mungkin mempunyai tanggapan awal yang salah. Namun selepas menonton episod pertama dan kedua, anda akan ternanti-nanti apakah yang akan berlaku seterusnya.

Watak yang digarap juga sangat berkesan malah masing-masing berjaya menjiwai lakonan dengan baik terutamanya Nadia Aqilah, Emelda Rosmila, Tony Eusoff dan Adlin Aman Ramlie yang mungkin akan membuatkan anda terpaku melihat sisi berbeza persembahan mereka. 

Mungkin anda akan kaitkan watak Emelda dan Adlin dengan beberapa jutawan kosmetik yang ada di Malaysia, tetapi mereka mewarnai karakter yang dibawa dengan cara tersendiri tanpa meniru sesiapa. - Getaran , 7 Disember 2021

Gambar: Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN