web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM500,000 Serta Trofi Hadiah Buat Filem Terbaik FFM31 

FFM31 turut menyediakan hadiah wang tunai beserta trofi bagi 27 lagi kategori daripada 55 buah filem cereka tempatan yang merangkumi karya Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, Iban dan Inggeris.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 10:08AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) kali ini akan menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 beserta trofi bagi karya tempatan yang diangkat sebagai Filem Terbaik, namun ia perlu mematuhi garis panduan ditetapkan dalam tatacara permohonan DKD sektor industri kreatif.

Inilah sebahagian daripada usaha yang dilakukan penganjurnya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi membangunkan platform filem festival nasional yang berprestij serta mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan karyawan industri perfileman tanah air. 

Bahkan, FFM31 turut menyediakan hadiah wang tunai beserta trofi bagi 27 lagi kategori daripada 55 filem cereka tempatan yang menyertai festival ini. Ia merangkumi 32 buah filem Bahasa Malaysia, lapan filem Mandarin, 11 filem Tamil, dua filem Iban dan dua filem Inggeris. 

Kesemua 28 kategori filem itu adalah Filem Box Office, Skor Muzik Asal Terbaik, Poster Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Tatarias Terbaik, Rekaan Busana Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Khas Juri 3, Lagu Tema Terbaik, Sinematografi Terbaik, Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir dan Penyunting Terbaik. 

Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. 

Antara filem yang mengambil bahagian di dalam penganjuran FFM31 ini adalah Sangkar, Ratu Kala Jengking, Tiada Tajuk, Roh, Rock 4 - Rockers Never Dai, Pusaka, Geran, KL Vampires, Mimaland, Salina, Balapan Hidup Infeksi Zombie, Bulan dan Pria TerhebatAda Apa Dengan Dosa dan Ejen Ali dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Zakaria (kanan) ketika sidang media bersama pihak FINAS, Kementerian  Komunikasi dan Multimedia, dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).
Zakaria (kanan) ketika sidang media bersama pihak FINAS, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak seperti edisi-edisi FFM sebelum ini, kesemua 28 anugerah daripada 28 kategori ini akan diberikan secara eksklusif pada malam kemuncak penganjuran FFM31. 

“Ini adalah salah suatu usaha untuk kita menghargai setiap usaha karyawan di hadapan dan di belakang tabir yang berjuang mencapai kualiti kerja terbaik.

“Kita juga memang sengaja tidak mahu mengumumkan senarai TOP 5. Senarai pemenang pada tahun ini hanya akan diumumkan pada Malam Anugerah nanti. 

“Oleh itu, pihak kami berharap, media-media tempatan akan membantu untuk mencetuskan lagi debaran FFM31 dengan membuat ramalan mereka terhadap pemenang anugerah,” katanya pada majlis sidang media FFM31 di Hotel Royal Chulan The Curve, petang semalam. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hadir menyokong majlis anjuran Finas sempena FFM31.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hadir menyokong majlis anjuran Finas sempena FFM31.

Zakaria berkata, bagi menyemarakkan lagi penganjuran FFM31, pihak FINAS turut menyediakan pelbagai pengisian program iaitu tayangan serta apresiasi filem di beberapa lokasi pawagam termasuk di Sabah dan Sarawak. 

“Selain itu, FINAS juga turut menyediakan program-program webinar dengan pengisian dan panel-panel yang hebat dari dalam dan luar negara beserta program Jelajah Sinema dengan calon-calon pemenang kategori FFM31 bagi mempromosikan FFM31,” katanya. 

Mengenai penjurian FFM31 pula, Zakaria berkata, panel-panel penilai telah dilantik sejak Julai lalu untuk menilai 55 filem yang menyertai FFM31. 

“Filem-filem yang dinilai ini adalah dari penyertaan 2018 sehingga 2020. Kaedah penilaian yang dibuat juga sangat memuaskan. 

“Untuk penganjuran kali ini, kita akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Sepatutnya kita mahu melakukan penganjuran ini di Studio Finas sahaja. 

“Memandangkan sambutan yang diterima menggalakkan, kita terpaksa mencari dewan yang lebih besar, namun kapasiti penonton yang dibenarkan hanyalah 1,300 ke 1,400 orang sahaja. 

“Selepas FFM kembali normal semula, kita akan teruskan  penganjuran FFM32 pada tahun hadapan,” katanya. 

Annuar Musa melapangkan masa bertemu dengan penggiat seni tanah air di majlis sidang akhbar FFM31 yang berlangsung semalam.
Annuar Musa melapangkan masa bertemu dengan penggiat seni tanah air di majlis sidang akhbar FFM31 yang berlangsung semalam.

FFM31 kali ini mendukung tema Citra Sinema untuk mencetuskan manifestasi sinema Malaysia yang berinspirasikan keunikan serta variasi cerita, identiti serta nilai tempatan dengan impak pembikinan dan penontonan sejagat merentas sempadan. 

Malam kemuncak penganjuran FFM31 bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 10 Disember ini. Ia bersiaran secara langsung di TV2 bermula jam 9 hingga 11 malam, manakala siaran karpet merah akan dipancarkan menerusi saluran YouTube FINAS Malaysia. 

Pengacara majlis adalah Awal Shaari, Sharifah Shahira beserta hos karpet merah iaitu Nazruddin Rahman dan Natasha Charmaine.

Manakala barisan artis yang membuat persembahan adalah Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Sabri Yunus, Liza Hanim, Haqiem Rusli, Mus May, Ella dan Datuk Syafinaz Selamat. 

Barisan penyampai pula terdiri daripada Imuda, Bade Azmi, Erra Fazira, Fauziah Ahmad Daud, A R Badul, Mimi Lana, Dr Vimala Perumal, Fimie Don, Datin Lisa Surihani, Andrian Teh, Sangeetha, Raja Mukhriz, Lim Mei Fin, Saw Teong Hin, Susan Lankester, Faizal Hussein, Puan Sri Tiara Jacquelina, Aziz M Osman dan Liyana Jasmay. 

Gambar: WHAM 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN