web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem ‘Rumah Maduku Berhantu’ Sentuh Isu Cerai, Poligami 

Walaupun garapan dan pengarahan dalam ‘Rumah Maduku Berhantu’ biasa-biasa sahaja tetapi ia masih tetap menghiburkan untuk ditonton terutama pada separuh akhir kedua.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 4:27PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes cerai yang meningkat sepanjang tempoh pandemik COVID-19 benar-benar melahirkan kebimbangan banyak pihak dan ia juga turut menarik perhatian Prof Datuk Dr. A. Razak Mohaideen untuk mengetengahkan subjek tersebut dalam filem arahan terbaharunya, Rumah Maduku Berhantu

Apa yang menarik, isu cerai yang cuba diangkat dalam filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 2 Disember ini adalah mengenai cerai talak tiga yang tidak seharusnya dilafazkan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. 

Ia sebenarnya suatu subjek yang cukup menarik untuk diperkatakan. Sayangnya, isu ini tidak dikembangkan dengan begitu baik di dalam filem ini dan isu berpoligami dan bermadu lebih diberi penekanan serta mengambil-alih subjek penting mengenai cerai talak tiga ini. 

Akhirnya kita seperti menonton semula filem Madu Tiga arahan Tan Sri P. Ramlee dalam versi moden hari ini, kecuali ia dipersembahkan dalam bentuk genre komedi seram dengan menampilkan gabungan pelawak-pelawak tempatan terkenal seperti Zizan Razak, Azlee Senario, Saiful Apek, Douglas Lim dan Man Raja Lawak. 

Suatu gabungan yang cukup baik. Lebih-lebih lagi apabila melihat Zizan dan Apek digabungkan dalam sebuah filem buat pertama kalinya. Begitu juga dengan kehadiran Douglas Lim yang memberikan warna dan tarikan sendiri di dalam filem ini. 

Muncul sebagai penampilan khas, Douglas memegang watak sebagai Mr. Wong iaitu pemilik sebuah rumah agam yang kemudiannya meminta Zizan (Saufi) untuk menyewakan rumahnya itu kepada sesiapa sahaja. 

Saufi kemudian mendapat idea untuk menggunakan rumah itu sebagai kediamannya isteri keduanya, Alia (Nadia Brian) selepas bersetuju menjadi pak sanggup untuk mengahwini bekas isteri Ali (Azlee Senario). 

Ali menceraikan Alia kerana sifat cemburu yang keterlaluan dan apabila melihat Alia mencuranginya setelah melihat sendiri Alia bercumbuan dengan lelaki lain, dia terus menceraikan isteri kesayangannya itu dengan talak ketiga. 

Ali meminta Saufi menjadi Pak Sanggup dengan syarat selepas sehari berkahwin, Saufi harus menceraikan Alia. Tetapi, keadaan berlaku sebaliknya dan dari situ kehidupan Saufi mula porak-peranda.

Dari sinilah isu poligami dan bermadu mula mendominasi keseluruhan cerita. 

Walaupun garapan dan pengarahan Razak Mohaideen ini biasa-biasa sahaja tetapi ia masih tetap menghiburkan untuk ditonton.

Lebih-lebih lagi pada separuh akhir kedua, apabila Saufi terkejar-kejar untuk membahagikan masa di antara rumah isteri pertama, Sofea dan Alia dan terpaksa berbohong untuk memastikan kedua-dua isterinya itu tidak mengetahui status mereka bermadu. 

Sebagai pelakon baharu yang memegang watak utama, Nadia berjaya memberikan lakonan yang baik dan meyakinkan sebagai wanita muda cantik yang cukup menyayangi suaminya tuanya dan tidak dapat menerima hakikat apabila lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan. 

Namun, permasalahan filem ini adalah dari sudut penceritaan dan dialognya. Beberapa bahagian dialognya boleh disifatkan agak lucah dan disampaikan dengan cara yang keterlaluan. 

Seperkara lagi adalah dari sudut perletakkan produk Cuckoo yang menjadi penaja filem ini. Ia terlalu berlebihan dan kelihatan seolah-olah seperti hard sell terutama sekali apabila lori jenama ini muncul di rumah pada waktu malam untuk menghantar tilam. 

Sebetulnya, filem ini sememangnya mampu memberikan tarikan yang tersendiri jika ia menggunakan pendekatan yang berbeza dari sudut garapan, penceritaan, dialog dan teknikalnya. 

Penggunaan kartun animasi, penghantaran makanan dan elemen TikTok yang viral bagaimanapun menjadikan filem ini relevan untuk tontonan masa sekarang.

 

Sinopsis 

Rumah Madu Ku Berhantu mengisahkan tentang Saufi seorang ejen hartanah yang setia serta bahagia bersama isterinya, Sofea dan anak perempuannya Lulu.

Namun keharmonian ini bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali, telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia untuk satu malam sahaja.

Perkahwinan ‘sementara’ antara Saufi dan Alia menjadi rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa kedua-dua mereka kini telah bermadu. 

Apakah Saufi berjaya merahsiakan kewujudan isteri keduanya itu daripada pengetahuan isteri pertama? 

Tonton filem terbitan bersama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media yang dibintangi Zizan Razak, Azlee Senario, Nadia Brian, Saiful Apek bersama penampilan istimewa, Douglas Lim.

Rumah Maduku Berhantu bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 2 Disember ini. - Getaran, 25 November 2021

Rating: 3 Getar 

Gambar: Multimedia Entertainment

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kerana Iklan Raya, Perompak Aset Berubah Hati - Zizan Dan Issey Jadi Pengarah Bersama Dalam Telefilem ‘Heistdilfitri’

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Harap Semua Bertenang, Nanti Kami Akan Uar-uarkan. Kami Janji – Ada Apa Zizan Razak Dengan Hawa Rizwana?

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Mahu Campur Tangan Rumah Tangga Syamsul Dan Sarah, Cuma…

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN