web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harap Semua Bertenang, Nanti Kami Akan Uar-uarkan. Kami Janji – Ada Apa Zizan Razak Dengan Hawa Rizwana?

Bertalu-talu komen daripada rakan selebriti dan netizen yang menganggap mereka sepadan serta mempunyai jodoh yang kuat kerana muka seiras.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 1:05PM

Hawa Rizwana dan Zizan Razak - Gambar Instagram Zizan Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak memang suka mencetuskan lawak dan teka-teki dalam beberapa hantaran di media sosialnya. 

Terbaharu, Zizan telah memuat naik sekeping fotonya bersama Hawa Rizwana yang juga pengacara MeleTOP dengan kapsyen yang berbunyi, “Harap semua bertenang. Nanti kami akan uar-uarkan. Kami janji.”

Dek gambar dan kapsyen tersebut, ada yang menganggap Zizan cuba mendedahkan tentang hubungan cintanya dengan Hawa. 

Maka, bertalu-talulah komen daripada rakan selebriti dan netizen yang menganggap mereka sepadan serta mempunyai jodoh yang kuat kerana muka seiras. 

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka tumpang gembira dengan perkhabaran itu dan meminta Zizan untuk tidak lupa menjemput ke majlis perkahwinannya bersama Hawa. 

Tapi, apakah benar mereka sedang menjalinkan hubungan cinta? Rasanya masing-masing pun single, kan? Jadi, tidak ada masalah jika mereka bercinta. Lagipun, Hawa Rizwana memang menepati ciri-ciri wanita idaman Zizan. 

Apapun, gambar yang dimuat naik mereka bersama ini adalah kerana menjayakan sebuah penggambaran bersama. Tak pastilah drama atau filem. Namun, menerusi kapsyennya, Zizan telah pun memberitahu bahawa mereka akan menguar-uarkannya. Jadi, kita tunggu sajalah ya… - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN