web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Mahu Campur Tangan Rumah Tangga Syamsul Dan Sarah, Cuma…

“Saya tak mahu masuk campur hal rumah tangga dia (Sarah). Cumanya sebagai kawan saya terasa sedih juga, malah semua orang yang bersama Sarah turut bersedih,” kata Nadia Brian.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 3:12PM

Nadia Brian - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak sedih melihat rakan karib sendiri melalui fasa perkahwinan yang sudah di hujung tanduk. 

Namun, pelakon Nadia Brian enggan campur tangan urusan peribadi Puteri Sarah sebaliknya mendoakan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. 

Apapun keputusan akhir perkahwinan Sarah dan Syamsul, Nadia berharap agar mereka dapat menjaga keadaan kesihatan mental masing-masing apalagi berhadapan dengan situasi yang sangat menekan ini. 

“Saya tak mahu masuk campur hal rumah tangga dia (Sarah). Cumanya sebagai kawan saya terasa sedih juga, malah semua orang yang bersama Sarah turut bersedih.

“Tidak menyokong mana-mana pihak, saya harap Sarah dan Syamsul dapat uruskan dengan baik dan dipermudahkan segala proses mereka berdua.

“Walaupun berlaku keadaan begini, kesihatan mental perlu diutamakan Sarah dan pihak Syamsul. Itu adalah yang lebih penting,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media tayangan perdana filem EVA.

Melihat situasi yang dihadapi Sarah, Nadia bagaimanapun tetap percaya kepada keindahan perkahwinan. Apa yang berlaku kepada Sarah tidak sepatutnya mengganggu emosi sehingga membuatnya menutup pintu hati daripada menerima cinta daripada mana-mana lelaki. 

“Setiap manusia ada ujian dan jalan cerita masing-masing, kita boleh lihat dan ambil pengajaran.

“Kalau mengenai isu takut untuk berkahwin itu tidak sama sekali pada saya. Kerana bagi saya, kita tidak boleh terlalu ikutkan emosi terhadap apa yang terjadi dalam kehidupan orang lain,” tambahnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai dan enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Nadia juga pernah berhadapan dengan situasi perkahwinan yang bergolak. Namun perkahwinannya menemui titik noktah apabila suaminya, Muizz Nasruddin melafazkan cerai talak satu pada tahun 2021.- Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN