web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Bagi Watak Ibu, Biarlah Ikut Logik Akal - Che Ta 

Keputusan Che Ta menolak tawaran sebagai ibu Remy Ishak bukan kerana 'demanding' tetapi watak itu baginya tidak realistik.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 9:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menepis tanggapan bahawa dia seorang yang memilih apabila menolak tawaran melakonkan watak ibu baru-baru ini. 

Ia bertitik tolak daripada tawaran sebuah produksi mega drama 40 episod yang menawarkannya watak ibu kepada aktor Remy Ishak.

Tegas Rozita atau Che Ta, keputusannya menolak tawaran itu bukan kerana 'demanding' tetapi tawaran itu baginya tidak realistik 

"Saya terbuka bawa watak ibu tetapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar. 

"Cuma, agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah ikut logik akal," katanya.

Sebelum ini, kakak kepada pelakon Ayu Raudah itu sudah beberapa kali digandingkan dengan Remy. Malah, kebanyakannya watak sebagai pasangan kekasih. Antaranya termasuk telefilem Masihkah Ada Sinar yang turut berentap di Anugerah Skrin 2011.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu baru-baru ini ditemui di majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, HOMEVEST yang disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Rekod itu diwarta selepas syarikat berkenaan diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

Namun, pelakon yang memegang watak Detektif Masni dalam drama Tahyul itu menafikan bahawa dia adalah duta kepada syarikat berkenaan. 

"Tidak sama sekali bergelar duta, tetapi saya antara yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.

"Kebetulan adik ipar saya, Datuk Wira Muhammad Faizal Zainol menjadi penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka," katanya.

Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kelapan dengan Zain Saidin pada 11 Disember ini juga mengakui tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru di Petaling Jaya, Damansara.

"Sudah lama saya mahu pindah ke rumah baharu tetapi asyik tertunda disebabkan pandemik COVID-19. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor yang dilantik.

"Tetapi sekarang sedikit demi sedikit, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktor lain,” katanya. - Getaran, 24 November 2021


Gambar: Rozita Che Wan

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN