web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkenal MySukan TV, Fokus Siaran Sukan Akar Umbi

Saluran sukan ini merupakan usaha untuk meluaskan skop program pembangunan sukan akar umbi dari peringkat sekolah sehingga antarabangsa dan menjadikannya lebih mudah diakses masyarakat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari sukan di peringkat akar umbi di Malaysia kurang menarik perhatian ramai, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif mewujudkan saluran sukan baharu, ‘mySukan TV’ yang bakal menyiarkan pelbagai kejohanan sukan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata saluran sukan yang dikendalikan konglomerat sosial KBS, ‘Impact Integrated’ itu merupakan usaha untuk meluaskan skop program pembangunan sukan akar umbi dari peringkat sekolah sehingga antarabangsa dan menjadikannya lebih mudah diakses masyarakat.

“Program utama di mySukan TV merangkumi siaran secara langsung perlawanan atau kejohanan sukan akar umbi di Malaysia bagi peringkat sekolah rendah sehingga peringkat antarabangsa, program-program perkongsian maklumat dan tip (panduan) sukan harian, penerbitan berita serta program bual bicara bersama atlet, jurulatih dan agensi sukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal pada masa sama turut mengalu-alukan kerjasama strategik daripada sektor swasta bukan sahaja sebagai penaja program sukan akar umbi, malah berkongsi ilmu dan menyokong inisiatif mySukan TV.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated Ahmed Faris Amir berkata antara fokus utama lain saluran itu adalah memberi pendedahan dan peluang kepada penggiat sukan untuk menjana pendapatan melalui penyiaran acara dan perlawanan sukan secara langsung di laman web mySukan TV atau media sosial.

Ahmed Faris berharap mySukan TV dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong gerakan sukan baharu itu sambil menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mySukan TV boleh melayari laman web www.mysukan.tv atau platform media sosial, Facebook dan Instagram @mysukan.tv, Twitter @MySukan_TV dan YouTube @mySukan TV. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN