web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Korea 'Minari' Rangkul Filem Asing Terbaik Di Anugerah Golden Globes

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 5:02PM

Gambar: A24films.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem drama Minari berkisar mengenai keluarga pendatang Korea-Amerika dinobatkan filem bahasa asing terbaik di Anugerah Golden Globe Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Filem itu menewaskan Another Round dari Denmark, La Llorona (Guatemala), The Life Ahead (Itali) dan Two of Us (Perancis). Ini adalah tahun kedua berturut-turut filem berbahasa Korea memenangi penghargaan Hollywood Foreign Press Association (HFPA), selepas Parasite arahan Bong Joon-ho memenangi Oscar, tahun lalu.

Minari, ditulis dan diarahkan pengarah Korea-Amerika, menceritakan kisah keluarga pendatang Korea yang berpindah ke Arkansas pada 1980-an dan mengusahakan ladang untuk mengejar impian mereka.

Sejak muncul di festival filem Sundance tahun lalu, filem semi-autobiografi Chung itu telah mencuri perhatian dan mampu memberi saingan pada Anugerah Akademi yang dijadual pada April.

Sepanjang tahun lalu, ia telah merangkul beberapa gelaran dan pencalonan dari anugerah filem AS, termasuk muzik terbaik, pelakon terbaik dan pelakon pembantu terbaik dalam anugerah Screen Actors Guild.

Minari turut mencetus kontroversi di AS, kerana HFPA mencalonkannya dalam kategori filem bahasa asing terbaik, bukan dalam filem terbaik, dengan alasan kebanyakan dialognya ditutur dalam bahasa Korea.

Ramai dalam kalangan orang hiburan AS berbangsa Korea-Amerika dan Asia mempertikaikan keputusan itu, dengan mengatakan bahawa Minari adalah mengenai keluarga Amerika yang dihasilkan oleh pengarah dan syarikat produksi AS.-- Bernama, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN