web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


32 Tahun Terpisah, Peserta 'Mikrofon Impian' Sebak Berjumpa Ayah

Siapa sangka siri realiti nyanyian dapat menyambung talian perhubungan kekeluargaan yang terputus?

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 9:12AM

Gambar daripada tangkap layar program 'Mikrofon Impian 2', Astro Ria

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya speechless, hilang kata-kata,” kata Saiful Bahri Shamri, 34, saat pertama kali bertentang mata dengan dengan seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai bapa kandungnya.

Perasaan yang bermain di dalam hatinya ketika itu begitu sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata, apabila insan yang dirindui selama ini zahir di depan mata.

Tiga puluh dua tahun terpisah, Saiful tidak pernah menyangka hasrat untuk bertemu figura yang didambakannya selama ini akan tertunai, apatah lagi apabila mengenangkan tempoh perpisahan yang bukan sekejap.

Menurut Saiful, ikatan perkahwinan kedua ibu bapanya terlerai ketika beliau berusia dua tahun, menyebabkan hubungannya bersama bapa terus terputus.

“Saya tidak pernah diberi sebarang gambaran tentang rupa paras ayah, apatah lagi melihat wajahnya menerusi foto dan sebagainya,” katanya kepada Getaran.

Saiful dan Natrah ketika dipertemukan dengan bapa kandungnya buat pertama kali – Gambar daripada tangkap layar program Mikrofon Impian 2, Astro Ria
Saiful dan Natrah ketika dipertemukan dengan bapa kandungnya buat pertama kali – Gambar daripada tangkap layar program Mikrofon Impian 2, Astro Ria

Pemuda itu berkata, kesukaran menjejak bapanya menyebabkan beliau tekad menyertai satu program realiti nyanyian, dengan harapan dapat bertemu lelaki berkenaan.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk memandang rendah atau menafikan usaha dibuat stesen televisyen terbabit dalam membantu menjejak ayah.

“Saya cuma tak sangka, ia berlaku dengan begitu cepat,” katanya merujuk kepada situasi yang menampakkan dirinya seakan ragu-ragu, ketika melihat kelibat bapanya dari atas pentas.

Bapa dua anak itu berkata, tentangan keras ibu, Kasmah Jamaluddin, 66 yang enggan berkongsi sebarang maklumat mengenai bekas suaminya juga adalah faktor  membuatkan beliau sukar mempercayai bahawa lelaki separuh usia berkenaan adalah bapa kandungnya.

“Ibu selama ini memang cukup berahsia dan berkeras tidak mahu berkongsi apa sahaja maklumat berkenaan ayah.

“Kerana itu saya amat terkejut, kerana tak sangka beliau boleh berlembut hati sehingga membolehkan ayah ditemui,” katanya.

Mengulas lanjut Saiful berkata, rakaman acara berkenaan dibuat September tahun lalu dan hanya ditayangkan kelmarin.

“Menerusi rancangan terbabit, penonton dapat melihat saya seolah teragak-agak mahu bersalam atau memeluk ayah. Bukan tak mahu, cuma saya masih ragu-ragu, apakah lelaki itu benar-benar bapa kandung yang sekian lama terputus hubungan.

“Susah nak luahkan. Nak kata rindu, nak kata sayang, bukan macam yang orang lain rasa, sebab saya tak pernah jumpa ayah, tak (pernah) kenal,” katanya yang ditemani adiknya, Natrah, 32, dalam program realiti nyanyian berkenaan.

Gambar daripada tangkap layar program Mikrofon Impian 2, Astro Ria
Gambar daripada tangkap layar program Mikrofon Impian 2, Astro Ria

Saiful mula mencari bapa kandungnya yang hanya dikenali dengan nama Shamri itu sejak dua tahun lalu kerana mahu memudahkan urusan adik kandungnya mendirikan rumah tangga.

 “Saya kasihan dengan adik saya, susah nak kahwin. Pernah bertunang pun putus, bila hampir nak kahwin, tak jadi juga.

“Walaupun saya ada hak sebagai wali, tetapi wali mujbirnya masih hidup dan menjadi tanggungjawab saya sebagai anak lelaki dan abang, untuk berusaha mencari ayah terlebih dahulu,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga pernah dihubungi bagi mendapatkan maklumat namun gagal, kerana tidak memiliki nombor kad pengenalan bapanya.

 “Sebab itu, saya masuk pertandingan itu dan minta kalau ayah kandung saya tonton dan dengar, saya minta dia serahkan tanggungjawab wali itu kepada saya.

“Saya tidak sangka langsung akan dipertemukan dengan ayah di atas pentas. Saya fikirkan mungkin selepas rancangan itu ditayangkan, baru ada maklumat yang diperolehi,” katanya sebak.

Saiful berkata, dia dan adiknya sukar untuk mendapatkan maklumat tentang bapanya itu selama ini memandangkan tidak mendapat kerjasama daripada ibunya.

“Mak memang susah nak beri maklumat tentang ayah. Senang cerita, beliau kalau boleh tak mahu kami cari ayah. Tetapi Alhamdulillah, nampak sekarang mak dah mula berlembut hati,” katanya. – Getaran, 2 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Projek: High Council’ Dedah Kisah Masalah Buli Dan Diskriminasi Di Asrama!

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’ Sarat Dengan Pengajaran Dan Iktibar Liku-Liku Bahtera Perkahwinan 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN