web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekasih Hati Mr Bodyguard Kembali Dengan Sekuel

Meraih 4 juta tontonan, drama popular TV3 ini diteruskan dengan sekuel yang memaparkan jalan cerita lebih dramatik dan suspen.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 2:16PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri popular 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' telah menerima sambutan luar biasa apabila majoriti episod yang disiarkan Mei lalu berjaya mencapai 4 juta penonton sebelum ditangguhkan akibat PKP. 

Drama bersiri popular gandingan serasi Redza Rosli dan Sharifah Rose ini disambung siarannya baru-baru ini dan sekuelnya menemui penonton pada 16 Oktober lalu di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. 

Penonton juga dapat menyaksikan drama popular ini di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof, sekuel 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' memaparkan jalan cerita lebih dramatik dan suspen. 

“Alhamdulillah, drama ini kembali menemui penonton TV3 dengan kesinambungan jalan cerita yang lebih dramatik dan suspen dalam menguji keutuhan cinta antara watak Aralyn dan Hadif lakonan Sharifah Rose dan Redza Rosli. 

“Drama ini bukan sahaja mendapat sambutan hebat ketika siaran di TV malah ia juga meraih perhatian tinggi di laman media sosial dan juga di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar Malaysia,” katanya. 

'Kekasih Hati Mr Bodyguard' mengisahkan tentang percintaan antara Hadif (Redza Rosli) dan Aralyn (Sharifah Rose). 

Setelah berlaku tragedi hampir dirogol, Aralyn mengalami trauma hingga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadif. Hadif kecewa dan teruskan hidup dengan hati yang lara.

Dengan perasaan patah hati, Aralyn terpaksa meninggalkan Hadif kerana dia menganggap dirinya telah banyak menyusahkan Hadif dan tidak layak untuk bersama Hadif.

Aralyn berkenalan dengan Lara (Syafnida Shuhaimi) di sebuah kedai haiwan peliharaan. Walaupun baru berkenalan, mereka berdua serasi kerana berkongsi minat yang sama iaitu cintakan haiwan.

Selain perwatakan periang dan pandai memotivasikan orang lain, Lara juga seorang veterinar dan aktivis yang memperjuangkan hidup haiwan-haiwan jinak dan liar melalui NGO yang dianggotainya.

Sejak itu, hidup Aralyn kembali ceria. Lara bukan sahaja mendedahkan Aralyn dengan dunia aktivis haiwan, malahan atas nasihat Lara jugalah, Aralyn menerima semula Hadif.

Bukan itu sahaja, kehadiran Lara membuatkan Farel (Fadlan Hazim) jatuh hati. Namun, hubungan rapat Lara dan Aralyn menimbulkan keraguan di hati Hadif dan orang tua Aralyn.

Hadif dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan Lara lalu menyiasat latar belakang gadis itu. Siapakah Lara sebenarnya?

Drama ini turut dimeriahkan dengan barisan pelakon popular tanah air seperti Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. - Getaran, 19 Oktober 2021

Gambar: Drama TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN