web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ambil Tindakan Penggambaran Yang Ingkar SOP - Jurey

Kesal dengan sikap syarikat produksi yang lepas tangan, Jurey Latiff percaya isu ini tidak akan timbul jika SOP COVID-19 yang ditetapkan FINAS dipatuhi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 7:42PM

Gambar Hiasan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli mengingatkan syarikat penerbitan supaya sentiasa bertanggunggjawab dan tidak lepas tangan untuk menangani masalah kes COVID-19 di set atau lokasi penggambaran mereka. 

“Tolonglah bertanggungjawab. Janganlah lepas tangan dan jangan fikir pasal untung rugi semata-mata. Janganlah lari apabila timbul sesuatu masalah semasa penggambaran, lebih-lebih lagi yang melibatkan isu COVID-19,” katanya kepada portal Getaran. 

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai isu penerbit sebuah penggambaran yang sebelum ini dilaporkan telah lari pulang ke Kuala Lumpur apabila tujuh orang dalam penggambaran itu dijangkiti COVID-19 dan kini mengenakan gelang merah jambu. 

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli

Jelas Jurey lagi, isu seperti ini tidak seharusnya timbul. Untuk membuat penggambaran, setiap produksi diwajibkan mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Penggambaran juga tidak boleh dijalankan tanpa SPP Khas (Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas) dan ini juga hanya boleh diperolehi jika penerbitan patuh SOP.

“Dalam garis panduan itu, FINAS sudah pun meletakkan syarat supaya para pelakon, kru dan semua orang yang terlibat dalam setiap penggambaran diwajibkan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.

“Selain itu, ujian calitan di lokasi perlu dilakukan. Seorang Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) juga perlu ada di setiap lokasi untuk memantau SOP setiap hari. 

“Tugas pegawai PPP adalah memastikan keseluruhan aktiviti penggambaran mematuhi SOP setiap hari. Bermakna pegawai ini perlu ambil suhu setiap pelakon dan kru produksi setiap hari dan mereka perlu menghantar laporan tersebut kepada FINAS. 

“Tapi, apabila syarikat penerbitan gagal berbuat demikian (menggaji pegawai PPP), bermakna secara tidak langsung mereka telah melanggar SOP yang sudah ditetapkan FINAS menerusi permohonan SPP Khas.

“SOP ini dilaksanakan mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Kalau orang awam langgar SOP, mereka akan disaman. Jika syarikat penerbitan tidak mematuhi salah satu syarat SOP, ini bermakna wajar tindakan dikenakan ke atas mereka kerana mereka telah mewujudkan kluster penggambaran. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Apa pun, saya tidak mengusulkan apa-apa cadangan kerana dalam hal ini, ia jatuh di bawah bidang kuasa FINAS,” katanya. 

Jurey berkata lagi, disebabkan isu tersebut, syarikat penerbitannya turut terkena tempias. 

“Kebetulan syarikat penerbitan milik saya iaitu Evolution Brain (M) Sdn Bhd menjalani penggambaran di Lenggong, Perak untuk drama 'OK Guru' sebanyak 13 episod. 

“Syarikat saya tidak mempunyai masalah COVID-19 kerana kami mempunyai SPP Khas dan menggaji pegawai PPP. Malah, Unit Penguatkuasaan FINAS sudah datang memantau lokasi shooting dan sentiasa berhubung dengan pegawai PPP kami,” katanya. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor pula menyarankan agar FINAS dapat menekankan lagi mengenai kepentingan pematuhan SOP serta PPP bagi elakkan kes jangkitan lain.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor

"PROFIMA berharap supaya pihak FINAS dapat menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat mengenai SOP dan PPP. Ini supaya industri (seni) tidak melahirkan kluster semasa pandemik ini.

"Kami juga berharap supaya warga seni dapat bertanggunggjawab dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan dipersetujui sepanjang masa bekerja,” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN