web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MLM 2021 Penuh Dengan Kelainan Dan Kejutan

Anugerah Lawak Pedas, kemunculan Naga Juri dan kolaborasi 'cross-group' adalah antara kelainan yang bakal ditampilkan dalam MLM 2021 ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2021 4:32PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebanyak 11 kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air bakal berentap, menggegarkan pentas keramat 'Maharaja Lawak Mega 2021' (MLM2021) tahun ini, demi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM500,000. 

Mereka adalah kumpulan Bobo yang dianggotai Achey, Atu dan Fad, Puteh (Mamak, Vicha dan Ali), 3Otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier dan Parakash Daniel), R&R (Man dan Rahim), kumpulan Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri dan Ropie) serta Otai (Azlee, Ieda Moin dan Acong).

Turut bertanding adalah kumpulan Orix (Achok, Yassin dan Abu Mamu), Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak), Tiro (Sharif (Botak), Syaiful (Melati) dan Danial Zaini), Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic) dan Taici (Chiwan, Tapai dan Ilham).

Mengangkat tema 'Aura Baharu, Lawak Terpadu', program realiti pertandingan komedi yang bakal menemani anda selama 10 minggu ini akan mula bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Program realiti pertandingan komedi ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 dan sebuah trofi bagi juara, RM250,000 dan trofi (Naib Juara), RM150,000 dan trofi (tempat ketiga) dan RM50,000 dan trofi (tempat keempat). 

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, banyak kelainan ditampilkan bagi memberi nafas baharu dan suntikan yang lebih segar kepada keseluruhan latar persembahan 'MLM 2021'. 

Antaranya ialah menggabungkan beberapa pelawak sedia ada dengan ahli-ahli kumpulan yang berbeza.

“Sebagai contoh, Atu telah menyahut cabaran untuk bersama dengan kumpulan Bocey. Manakala Vicha pula bergabung dengan kumpulan Puteh. 

“Kami juga begitu teruja apabila dua pemain komedi veteran yang dihormati ramai, khususnya di kalangan pelawak baharu, Azlee dan Yassin dari kumpulan Senario bersetuju untuk beraksi di pentas 'MLM' musim ini. Kita semua tahu mereka adalah kumpulan yang legend. 

“Namun begitu, kedua-dua mereka menyertai kumpulan yang berlainan iaitu  Azlee bersama Ieda Moin dan Acong (Kumpulan Otai) manakala Yassin bersama Achok dan Abu Mamu dalam Kumpulan Orix. 

“Kolaborasi ‘cross-group’ di antara peserta 'MLM' ini adalah pendekatan yang cukup berani serta mampu mencetuskan semangat keharmonian dan setiakawan serta dapat mencetuskan pertandingan yang sihat di kalangan mereka,” katanya. 

Menurut Norzeha lagi, 'MLM 2021' turut memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri, yang juga merupakan salah seorang dari empat orang lagi juri.

“Naga diangkat sebagai karakter pilihan oleh kerana ia merupakan elemen atau watak yang melatari program 'Maharaja Lawak Mega' sejak dari hari pertama diperkenalkan.

“Namun, karakter Naga Juri hanya akan didedahkan secara rasminya di pentas akhir 'MLM 2021' kelak iaitu pada 17 Disember nanti.

“Kami pasti ramai yang ingin tahu siapa orangnya. Apa yang boleh katakan, watak Naga Juri ini bukan calang-calang orangnya. 

“Bagi, empat juri tetap pula, mereka tetap dilihat dari latar belakang industri kreatif hiburan yang berbeza dan kita hanya akan perkenalkan mereka secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama 'MLM 2021' kelak.

“Ia adalah suatu tradisi yang masih kita kekalkan di dalam program ini,” katanya. 

Kelainan lain yang cuba ditampilkan untuk musim ini adalah apabila produksi 'MLM 2021' turut mengambil inisiatif untuk menambah lebih banyak persembahan mingguan bersama artis jemputan berbanding dengan musim-musim terdahulu yang mana elemen istimewa ini ditampilkan hanya sekali pada setiap musim.

Jelas Norzeha lagi, penambahan persembahan mingguan bersama artis ini dilakukan bertitik-tolak daripada sambutan yang diberikan penonton untuk episod persembahan bersama artis jemputan.

“Untuk 'MLM 2021' kali ini, peserta boleh beraksi bersama artis jemputan mereka yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pendakwah, pakar motivasi, pempengaruh digital, atlet sukan atau figura profesional untuk tugasan yang ditetapkan pada minggu-minggu yang ditentukan,” katanya. 

Satu lagi kelainan yang kami lakukan di dalam 'MLM 2021' kali ini adalah memperkenalkan Anugerah Lawak Pedas untuk memberi pengiktirafan mingguan kepada kumpulan terbaik pada minggu tersebut.

Kemenangan bagi kategori ini akan ditentukan kelima-lima Juri Tetap bersandarkan kepada persembahan setiap kumpulan dan pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta hamper barangan Adabi bernilai RM500.

Bagaimanapun, suatu yang tidak berubah di dalam 'MLM 2021' ini adalah program realiti pertandingan komedi ini masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

Ini merupakan penampilan kesembilan beliau bertindak sebagai pengemudi utama, seiring dengan usia program 'MLM' yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara 'Backstage MLM 2021', edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir 'MLM', manakala penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +). 

MLM 2021 akan ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand. - Getaran, 11 Oktober 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN