Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bicara Emosi Cara 'Yumi’s Cells'

Tampil sebagai Yumi menerusi drama 'Yumi’s Cells', Kim Go-eun mempamerkan kemampuannya bermain dengan ekspresi wajah dalam setiap babak lakonannya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 8:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat pengikut setia Kim Go Eun yang sebelum ini terkenal menerusi ‘Cheese in the Trap Guardian’, ‘The Lonelyand Great God’ (‘Goblin’), ‘The King: Eternal Monarch’, Memories of the Sword dan Coin Locker Girl, anda pasti jatuh cinta dengan karakter terbaharu lakonan bintang hebat ni. 

Tampil sebagai Yumi menerusi drama 'Yumi’s Cells', Kim Go-eun mempamerkan kemampuannya bermain dengan ekspresi wajah dalam setiap babak lakonannya.

Apa sahaja situasi, dapat dijiwainya dengan penuh berkesan baik terkejut, marah, kecewa, sedih, keliru mahupun gembira.

Siri adaptasi webtoon judul serupa terbitan Naver oleh Lee Dong-gun yang mencatat 3.2 bilion tontonan ini memulakan penggambaran pada April lalu dan turut dibintangi Ahn Bo Hyun, Lee Yu Bi serta Park Ji Hyun.

Menariknya, buat julung kalinya dalam pembikinan drama di Korea Selatan, karya ini dihasilkan dengan format baharu yang menggandingkan aksi hidup dan animasi 3D. 

Dengan kepakaran yang ada, terbukti hasilnya tidak mengecewakan bahkan ramai memuji kecomelan dunia sel dalam otak Yumi dan kekasihnya.

'Yumi’s Cells' mengisahkan Yumi yang tidak pandai meluahkan perasaannya selepas putus cinta tiga tahun lalu. Sejak hatinya terluka, banyak yang berubah dalam rutin harian Yumi bahkan dia hanya fokus membina kerjaya. 

Hari-hari yang dilaluinya membosankan sehinggalah bertemu Goo Wong yang berusaha keras memenangi hatinya. 

Menerusi drama ini kita dapat melihat aksi comel sel-sel dalam otak Yumi yang mewakili pelbagai emosi seperti cinta, gembira, rasional, lapar, sedih, kebaikan, kejam, jahat, seksi dan banyak lagi.

Mereka bekerja keras membantu Yumi mengendali emosinya dan bagaimana bereaksi dalam satu-satu perkara. 

Di sinilah kita dapat menyaksikan pesona Kim Go Eun dalam menguasai semua emosi itu dengan sempurna. Tampak natural dan tidak dibuat-buat.

Pendek kata ia bukan sesuatu yang sukar bagi bintang muda bahkan ini kelebihannya yang disedari ramai pengarah dan penulis skrip hebat negara itu. 

Sebagai rakan gandingan Kim Go Eun, Ahn Bo Hyun tidak mengecewakan apabila berjaya mencipta keserasian pasangan kekasih dalam karya ini. Mereka pasangan yang comel bahkan ramai mengharapkan pengakhiran drama ini berbeza dengan webtoon

Khusus untuk drama ini, Ahn Bo Hyun sanggup menggelapkan warna kulitnya bagi menepati kehendak skrip. 

Meskipun mengekalkan elemen romantik seperti kebanyakan drama lain, Yumi’s Cells sedikit berbeza apabila penceritaannya disampaikan dari kaca mata sel-sel dalam otaknya. Maka, kelainan ini menjadikan drama ini istimewa khususnya buat mereka yang dahagakan sesuatu yang segar dan mahu bergembira.

Jangan lepaskan peluang menonton drama ini di iQIYI. Selamat berhibur! 

Gambar: Twitter

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Angkat Kisah Adat Resam Dayak, Filem Animasi Malaysia Raih Anugerah Di Perancis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengurusan Emosi, Aktiviti Di PPS Antara Tugas JKM Ketika Musim Banjir

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 4 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran