web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kamal Adli, Siti Saleha Pelakon Terbaik, Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021

Anugerah ini ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian sedunia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya meraih kejayaan di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2021 yang diumumkan secara maya pada Khamis, 30 September 2021.

Anugerah yang ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia itu menyaksikan 38 kategori dipertandingkan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, AACA 21 tidak berhadapan dengan isu kekurangan drama untuk penganjuran kali ini. Sebaliknya persaingan bertambah sengit di antara 15 buah negara yang turut bertanding. 

Drama supernatural yang disiarkan di platform Viu - ‘Black’ musim kedua menang bergaya apabila meraih sembilan kemenangan untuk Malaysia. Namun, tidak untuk kategori Drama Terbaik.

Bagaimanapun, ‘Black’ tidak keseorangan kerana drama dari Korea ‘Sweet Home’ juga tidak menjadi drama bersiri terbaik biarpun membawa pulang lima anugerah lain.

Dengan sistem penjurian yang ketat, pertama sekali, setiap program akan dinilai di peringkat tempatan di setiap 15 negara dan wilayah yang mengambil bahagian.

Hanya satu penyertaan di setiap kategori akan bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan pada Disember hadapan. Sistem pemarkahan adalah berdasarkan sistem 'International Emmy'.

Netflix berada di tempat teratas apabila memenangi 26 kategori dan diikuti oleh Viu dengan 25 kemenangan mengagumkan di Hong Kong (ViuTV), Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Organisasi media terbesar di Singapura, Mediacorp Singapura meraih 20 kemenangan untuk produksi sendiri, manala 11 lagi menerusi projek usahasama.

Gergasi penstriman yang berpangkalan di China, iQIYI memenangi lapan kategori kesemuanya, termasuklah Drama Terbaik menerusi  ‘Humans’.

Berikut adalah antara pemenang dari Malaysia:

1) Adaptasi Terbaik Untuk Format Sedia Ada, Penataan Bunyi Terbaik, Efek Visual Terbaik - BLACK (Independent Pictures) 

2) Siri Asal Terbaik - KELUARGA BAHA DON (Anomalous Films)

3) Drama Komedi Terbaik - ISTERI MISTERI (Primeworks Studios) 

4)  Pengarah Terbaik - Ghaz Abu Bakar and Sein Qudsi (BLACK) 

5) Pelakon Lelaki Terbaik - Kamal Adli (BLACK) 

6) Pelakon Wanita Terbaik - Siti Saleha (BLACK) 

7) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Khir Rahman (BLACK) 

8) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (BLACK) 

9) Persembahan Komedi Terbaik - Susan Lankester (KELUARGA BAHA DON) 

10) Sinematografi Terbaik - Madnor Kassim (BLACK)

Pentas akhir Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 akan berlangsung pada Khamis, 2 Disember 2021. Sementara acara karpet merah dan malam gala akan diadakan pada Jumaat, 3 Disember. - Getaran, 3 Oktober 2021

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

4

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya