web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Musa Ingatkan Artis Supaya Tidak Pentingkan Diri, Ambil Vaksin

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas tindakan segelintir artis yang enggan menerima vaksin sehingga mengundang rasa kurang senang penggiat seni lain yang sudah berbuat demikian.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 12:43PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) melawat lokasi penggambaran telemovie 'Cikgu vs Hantu'. Turut sama barisan pelakon Liyana Jasmay dan Juliana Sophie Johari Evans.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meminta penggiat seni termasuk artis supaya tidak bersifat mementingkan diri sendiri dan enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana kerjaya mereka melibatkan pergaulan dengan ramai pihak.

Beliau berkata perbuatan seperti itu mungkin boleh memuaskan hati sendiri tetapi membahayakan orang lain serta tidak adil kepada mereka yang telah bersusah payah mengambil vaksin.

"Nasihat saya kepada semua, tidak kira siapa, kita mesti lihat apa yang sedang berlaku secara global iaitu bahawasanya jalan yang baik dan selamat adalah dengan mengambil vaksin.

“Memang kerajaan tidak boleh paksa tetapi kerajaan menyediakan kemudahan dan diberi percuma. Jadi saya berharap mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti melibatkan orang lain turut mengambil kira keselamatan dan juga perasaan orang lain," katanya.

Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi penggambaran telemovie ‘Cikgu vs Hantu’ di Dewan Seri Temuan, Damansara Perdana di sini hari ini ketika mengulas tindakan segelintir artis yang enggan menerima vaksin sehingga mengundang rasa kurang senang penggiat seni lain yang sudah berbuat demikian.

Beliau juga gembira melihat aktiviti seni seperti penggambaran kembali aktif selepas kerajaan memberi kelonggaran untuk industri itu beroperasi semula pada 7 Sept lepas.

“Berdasarkan pemerhatian tadi, saya tidak nampak sebarang perkara yang membimbangkan kerana proses penggambaran dilaksanakan mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan harap ia diteruskan.

“Saya juga diberitahu bahawa terdapat lebih 100 penerbit sudah memohon permit penggambaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan ertinya industri ini sudah bergerak semula dan keputusan kita membenarkan penggambaran adalah betul,” katanya.

Ditanya apa yang boleh diharapkan oleh rakyat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentang Isnin ini, Annuar berkata ia akan menjadi pemangkin untuk kerajaan menjayakan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebaik-baiknya bagi memulihkan ekonomi negara.

“RMK12 bakal menggariskan rancangan semua kementerian bagi menjayakan PPN yang secara umumnya terkait dengan COVID-19.

“Program yang diatur ini adalah pemangkin yang mesti digerakkan supaya ia (RMK12) bukan hanya mengenai soal pengumuman malah turut menunjukkan betapa perlunya satu pelaksanaan menyeluruh dan bersungguh-sungguh supaya ekonomi kita kembali normal dan melonjak ke tahap lebih tinggi,” katanya. - Bernama

Semua gambar:  Zulaikha Zainuzman, Bernama

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN