web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Penghulu Interim’ Papar Realiti Hidup Marhaen Flat Bandar

Dramedi bersiri ‘Penghulu Interim’ yang sedang ditayangkan di Awesome TV memaparkan pelbagai ragam dan isu-isu masyarakat flat di bandar yang berpendapatan kategori pendapatan B40.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 7:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengapa drama bersiri seperti ‘Opah’ dan ‘Rumah Kedai’ yang pernah ditayangkan di skrin televisyen suatu ketika dahulu berjaya menambat hati masyarakat khususnya peminat drama Melayu? 

Soalan ini sebenarnya mudah untuk dijawab dan ia bukanlah sulit sepertimana membina sebuah roket. Kedua-dua drama ini berjaya kerana ia memaparkan realiti kehidupan seharian yang cukup akrab dan dekat di hati masyarakat. 

Formula inilah yang ada pada dramedi bersiri 24 episod, ‘Penghulu Interim’ yang telah ditayangkan di Awesome TV sejak 31 Julai lalu.

Lebih-lebih lagi apabila ia memaparkan pelbagai ragam dan isu-isu masyarakat flat di bandar yang berpendapatan rendah dalam kategori B40 dan M40 tetapi disampaikan dalam bentuk komedi dan sinikal. 

Tidak hairanlah mengapa salah sebuah episod ‘Penghulu Interim’ yang diterbitkan Red Bean Productions mencapai lebih 2 juta tontonan pada Jumaat, 2 September lalu, manakala purata tontonan dramedi arahan Jamal Khan yang dibintangi Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman dan Rosli Rahman ini berjaya mencapai purata lebih 900,000 ribu jumlah tontonan.

Selaku penerbit Red Beans Productions, Issey Fazlisham, berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa dramedi ‘Penghulu Interim’ itu akan berjaya mendapat respons yang sebegitu baik sekali daripada penonton.  

“Sebenarnya idea menghasilkan ‘Penghulu Interim’ ini datangnya daripada Aloy Paradoks. Waktu itu, dia belum tulis lagi skrip ‘Penghulu Interim’ ini.

“Bila saya dengar ideanya itu, saya amat tertarik dan saya beritahu kepada dia bahawa kita boleh pitch idea ini kepada Awesome TV. 

“Cerita sebegini memang sesuai untuk stesen TV kerana ia kisah tentang masyarakat flat dan saya sendiri secara peribadi memang sukakan karya-karya marhaen. 

“Dan Aloy memberitahu dia mahukan Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa untuk watak utama dalam ‘Penghulu Interim’ ini. Dia cakap hanya Beto dan Nadia sahaja yang boleh bawa cerita ini. 

“Alhamdulillah, kepuasan yang saya dapat dapat daripada ‘Penghulu Interim’ ini memang lain daripada yang lain-lain. Banyak perkara yang saya belajar dan saya juga sangat berpuas hati dengan karya ini,” katanya.

Issey yang turut membintangi ‘Penghulu Interim’ berkata, banyak isu semasa tentang kehidupan masyarakat flat yang dipaparkan di dalam dramedi ini. Malah, penggambaran dramedi ini juga dilakukan di PPR Intan Baiduri di Batu Caves, Gombak di Selangor.

“Misalnya, tentang kes kereta rosak, hilang kasut, pecah rumah, cubaan bunuh diri dan bermacam-macam lagi.

“Sebenarnya, setiap isu-isu yang diangkat di dalam ‘Penghulu Interim’ ini sangat relevan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang.

“Contoh yang jelas apabila ‘Penghulu Interim’ cuba tonjolkan sikap segelintir individu yang mahu menjatuhkan pemimpin baru yang telah dipilih untuk memegang jawatan Pengerusi JKK di flat Seri Kenanga buat sementara,” katanya. 

Beto pula berkata, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berlakon filem ‘Penghulu Interim’ sebaik sahaja mendapat tahu bahawa dramedi tersebut berkisar tentang kisah masyarakat masyarakat marhaen. 

“Kita selalu disogok dengan kisah-kisah fantasi. Tapi, pada waktu yang sama, kena ada kisah masyarakat yang berpijak di bumi nyata. 

“Saya juga teruja apabila digandingkan dengan Nadiya di dalam dramedi ini. Dia seorang pelakon gandingan yang bagus. Bagilah apa saja kepada dia, dia akan sambut atau angkat dengan selamba. 

Sementara Nadiya pula mengakui sekalipun sudah lama terlibat dalam bidang lakonan, namun jarang ditawarkan dengan naskhah begini. 

“Sebagai peminat sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ jadi bila ditawarkan berlakon dalam ‘Penghulu Interim’ ini, saya rasa sangat teruja. 

“Pengalaman shooting di kawasan rumah PPR Intan Baiduri sangat menyeronokkan kerana ia membuatkan kita berasa rapat dengan penduduk di sana. 

“Tapi, pada waktu yang sama juga mencabar kerana beberapa kawasan penggambaran tersebut menjadi laluan utama penduduk di situ. Jadi, adakalanya kita terpaksa tunggu laluan itu kosong, baru sambung shooting balik,” katanya. 

‘Penghulu Interim’ menjalani penggambaran selama 40 hari bermula 7 April. Saksikan ‘Penghulu Interim’ yang telah ditayangkan di Awesome TV sejak 31 Julai lalu.

 

Sinopsis 

Kisah ‘Penghulu Interim’ bermula apabila, Borhan dilantik sebagai Pengerusi JKK di flat Seri Kenanga harus menggantikan Pak Ladin yang sedang sakit.

Pelantikan Borhan dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang deejay kenduri kahwin dan tauke set karaoke.

Namun Pak Abu (Rosli Rahman) selaku bendahari JKK sentiasa menyokong Borhan dalam menangani setiap permasalahan penduduk di flat tersebut

Borhan berhadapan dengan pelbagai masalah sosial yang dialami penduduk daripada seremeh-remehnya sehingga masalah yang serius seperti kes kehilangan kasut, pecah rumah dan cubaan bunuh diri.

Dengan memikul tugas tersebut, kehidupan peribadi Borhan menjadi berantakan apabila isterinya Izzah (Nadiya Nisaa) mula berasa rimas. 

Dramedi ‘Penghulu Interim’ disiarakan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di Astro, saluran 123 dan MyTV di saluran 112 dan ia boleh ditonton ulang melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa. - Getaran, 14 September 2021

Semua gambar: Awesome TV

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN