web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Idham Tinggalkan FINAS, Jadi Diplomat

Ahmad Idham meletak jawatan kerana dia bakal memikul tugas yang lebih besar iaitu menjadi diplomat di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) untuk membangunkan industri muzik dan filem di pasaran antarabangsa.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 10:57AM

Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Gambar: Laman web Finas.gov.my

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang tertanya-tanya apakah sebabnya Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri meletakkan jawatan buat kali kedua sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). 

Ada yang menganggap peletakan jawatannya adalah disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda FINAS termasuklah isu SPRM apabila seorang penggiat seni bernama Mohd Asri Alias mendakwa wujudnya penyelewengan terhadap pengagihan Dana Kandungan Digital. 

Namun sumber yang diperolehi Getaran memberitahu, semua dakwaan itu ternyata tidak berasas.

Sebaliknya Ahmad Idham meletak jawatan kerana dia bakal memikul tugas yang lebih besar iaitu menjadi diplomat di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) untuk membangunkan industri muzik dan filem termasuk budaya Malaysia di pasaran antarabangsa. 

“Kita selalu tertanya-tanya, mengapa produk muzik dan filem kita tidak mampu pergi dengan jauh serta menembusi pasaran antarabangsa.

“Sebenarnya, ia boleh dilakukan jika wujudnya bahagian pembangunan muzik, filem dan budaya di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan inilah mandat yang perlu Ahmad Idham laksanakan.

“Mengapa Ahmad Idham yang dipilih untuk melaksanakan mandat ini? Kerana dia telah membuktikan kredibilitinya sepanjang menjadi CEO FINAS melalui perubahan-perubahan yang dilakukannya di FINAS.

“Sebab itulah Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mahu Ahmad Idham ke sana. 

“Sebenarnya, menjadi kerugian buat FINAS apabila dia bakal menyertai kementerian yang baru ini, namun pada masa yang sama ia bakal menguntungkan industri kreatif hiburan secara keseluruhan,” kata sumber rapat yang tidak mahu didedahkan namanya itu. 

Sementara itu, penerbit Kuasatek Pictures, Datuk Mohd Kadir di dalam laman Facebooknya berkata, kehadiran Ahmad Idham telah banyak mengubah ekosistem industri kreatif hiburan ke tahap yang membanggakan. 

“Dr Ahmad Idham telah menyemai benih dan hasilnya akan dituai pemain-pemain industri tidak lama lagi. Dalam masa yang singkat industri FINAS dan industri kreatif akan berubah wajah.

“Kebolehan Ahmad Idham tidak boleh dinafikan.

“Sudah tiba masanya untuk beliau meninggalkan FINAS bagi menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan luas apabila dilamar Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) untuk memegang jawatan bertaraf diplomat negara untuk membangunkan seni dan budaya Malaysia di semua negara di dunia melalui Kedutaan Malaysia.

“Industri perfileman yang juga merupakan sebahagian daripada agenda yang merangkumi seni dan budaya tanah air turut tersenarai. Ini bererti hubungannya dengan FINAS akan dipertingkatkan dan tidak akan terputus.

“Kehebatan beliau sehingga jadi rebutan usahlah dipertikaikan lagi. Legasinya di FINAS merupakan penanda aras baru yang akan sukar ditandingi.

“Apapun percaturannya, negara tetap untung dan FINAS tak rugi,” katanya yang pernah memberi peluang kepada Ahmad Idham untuk berlakon dan mengarah semasa awal penglibatannya di dalam bidang seni ini.

Ada di kalangan penggiat seni dan golongan selebriti yang sudah maklum dari awal akan perpindahan Ahmad Idham ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan menganggap bahawa ia sebagai suatu berita yang positif buat industri kreatif dan hiburan. - Getaran, 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa