web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dominasi Wanita Di Festival Filem Venice Ke-78

Meskipun terdapat beberapa sekatan, Festival Filem Venice telah terbukti menjadi cukup meriah dan glamor dengan penampilan nama-nama terbesar industri perfileman dari seluruh dunia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 2:46PM

Pengarah filem Perancis, Audrey Diwan bersama trofi Golden Lion Filem Terbaik yang dimenanginya untuk filem 'L'Evenement' (Happening). Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa tak tahu tentang Festival Filem Venice yang diadakan setiap tahun di Venice, Itali? Festival filem ini adalah antara acara anugerah terbesar industri perfileman malah sangat dinanti-nantikan.  

Berlangsung selama dua minggu dari 1 hingga 11 September, terdapat 21 filem antarabangsa yang bersaing dalam usaha merebut trofi Golden Lion kali ini.  

Apa yang lebih menarik, Pengarah Parasite, Bong Joon-ho telah melakar sejarah sebagai pengarah Korea Selatan pertama yang dilantik sebagai Presiden Juri, iaitu juri tertinggi acara ini. 

Disebabkan krisis COVID-19, acara ini terpaksa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan yang ketat bagi mengawal pergerakan para pengunjung dan menghindari virus daripada merebak.

Acara ini hanya terbuka kepada mereka yang sudah melengkapi proses vaksinasi, terhad kepada 50 peratus kapasiti penonton dan mewajibkan pemakaian pelitup muka pada semua.  

Meskipun terdapat beberapa sekatan, Festival Filem Venice telah terbukti menjadi cukup meriah dan glamor dengan penampilan nama-nama terbesar industri perfileman dari seluruh dunia. 

Nampaknya tahun 2021 merupakan tahun yang baik untuk para wanita. Menurut senarai pemenang anugerah, boleh dilihat bahawa barisan pemenang tahun ini telah didominasi penggiat seni kaum hawa. 

Filem Perancis bertajuk Happening  (L'Evenement) yang membincangkan isu pengguguran haram arahan Audrey Diwan, telah berjaya membawa pulang anugerah terbesar Festival Filem Venice iaitu, ‘Golden Lion’.

Selain itu, pengarah terkenal New Zealand, Jane Campion turut membawa pulang trofi bagi kategori Pengarah Terbaik untuk filem arahannya, The Power of the Dog. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal, Benedict Cumberbatch.

Tambahan pula, lakon layar terbaik telah dimenangi oleh Maggie Gyllenhaal. Filem The Lost Daughter yang mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita dalam menguruskan kerjaya dan tugasnya sebagai seorang ibu, juga merupakan filem pertama arahan Gyllenhaal.

Berikut adalah senarai pemenang anugerah-anugerah utama pada Festival Filem Venice Ke-78.

 Anugerah ‘Golden Lion’: Happening

Anugerah ‘Grand Jury’: The Hand of God

Pelakon Wanita Terbaik: Penelope Cruz, Parallel Mothers

Pelakon Lelaki Terbaik: John Arcilla, On the Job: The Missing 8

Pengarah Terbaik: Jane Campion, The Power of the Dog

Lakon Layar Terbaik: Maggie Gyllenhaal, The Lost Daughter

- Getaran, 12 September 2021

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN