web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pawagam Bersedia Sambut Penonton, Penggemar Filem

Diharapkan pawagam yang dibuka semula dapat menyediakan persekitaran yang selamat bagi mengurangkan tekanan dan kegelisahan rakyat Malaysia tatkala penularan wabak.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 1:04PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Operator pawagam telah bersiap sedia untuk menyambut penonton apabila operasi tayangan filem kembali dibenarkan susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini

Pada 7 September lepas, Ismail Sabri berkata kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif dengan membenarkan operator panggung wayang memulakan operasi mereka dengan kapasiti 50 peratus membabitkan individu yang lengkap vaksinasi, berkuat kuasa Khamis lepas (9 Sept).

Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama Golden Screen Cinema (GSC) Sharmine Ishak memberitahu Bernama bahawa sepanjang penutupan pawagam syarikat itu, petugasnya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk pembersihan tempat duduk, dewan dan kemudahan seperti e-kiosk, serta peralatan seperti projektor.

Beliau berkata sebelum pembukaan semula, pawagam akan menjalani operasi nyah kuman untuk memastikan bahawa semuanya dalam keadaan selamat untuk menyambut penonton filem menikmati  wayang gambar.

“Kini pengusaha pawagam sedang menunggu pengumuman kerajaan Persekutuan mengenai prosedur operasi standard terperinci (SOP) untuk operasi kami sebelum dibuka semula kelak,” katanya

“Selain itu, studio dan pengedar baru saja berpeluang menyerahkan filem mereka kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk tontonan tapisan kandungan kerana aktiviti itu tidak dapat dilakukan semasa sekatan perjalanan dikuatkuasakan,” katanya.

Menurut beliau, sebarang perkembangan mengenai pembukaan semula pawagam dan penayangan filem akan diumumkan melalui media sosial.

Sementara itu, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas Mohit Bhargava berkata bahawa mereka juga akan melatih petugas barisan hadapan syarikat mengenai pematuhan SOP baharu yang digariskan oleh kerajaan Persekutuan, berserta prosedur tambahan keselamatan syarikat yang telah ditambah baik.

Katanya, antara SOP keselamatan mereka termasuk membenarkan hanya individu dan petugas yang lengkap divaskin dan berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, meningkatkan keselamatan dalam pengurusan makanan, memastikan operasi penjualan tiket tanpa sentuhan serta pemantauan aktif terhadap skor kepuasan keselamatan, katanya.

“Selain itu, kami juga mengadakan pelbagai tawaran menarik untuk ahli dan tetamu MovieClub kami sebagai persediaan menyambut semula penonton sempena pengoperasian semula perniagaan kami,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar pembukaan semula pawagam itu dapat menyediakan rakyat Malaysia akan persekitaran yang selamat bagi mengurangkan tekanan dan kegelisahan mereka, tatkala penularan wabak dengan menawarkan harga yang berpatutan dan menarik.

“Sebagai industri, kami bertanggungjawab untuk menciptakan sekitar 20,000 pekerjaan yang sebelum ini semuanya terjejas ekoran penutupan pawagam kami dan berharap dapat membina semula perniagaan kami di samping membantu kakitangan dan keluarga mereka kembali menjalani kehidupan normal,” katanya - Bernama

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN