web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perhatian! Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Tonton Wayang GSC

Berita baik untuk kaki wayang namun ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum pergi ke GSC.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 4:28PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah semestinya ini perkara yang sangat menggembirakan bagi kaki wayang seluruh negara apabila kerajaan membenarkan premis hiburan dan industri kreatif beroperasi menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menyambut baik pengumuman itu termasuklah rangkaian pawagam terbesar Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menghidupkan kembali perniagaan panggung seterusnya membantu merancakkan kembali industri kreatif di Malaysia.

Pengurus Penjenamaan dan Perhubungan Awam GSC, Sharmaine Ishak ketika dihubungi Getaran mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung ke pawagam mereka. Setakat ini, mereka giat menjalankan persediaan yang secukupnya untuk memastikan keselamatan pelanggan. 

Pihaknya juga serius mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh semua pengunjung yang berminat untuk menonton wayang di GSC setelah ia dibuka. 

  • Pihak GSC hanya menerima pengunjung yang sudah lengkap dua dos vaksin serta memiliki status berisiko rendah di aplikasi MySejahtera masing-masing.
  • Mereka akan menjalankan rutin seperti pemeriksaan suhu, mewajibkan pemakaian topeng muka, menjaga penjarakan fizikal di luar dan di dalam pawagam, serta mengehadkan jumlah pengunjung di dalam dewan.
  • Bagi memastikan keselamatan pengunjung, pihak GSC akan melakukan sanitasi setiap kali tayangan. 
  • Anda juga digalakkan membeli tiket dalam talian bagi mengurangkan kontak fizikal.
  • Setiap petugas GSC sudah divaksin sepenuhnya dan bacaan suhu badan mereka akan diambil setiap hari sebelum pawagam mula beroperasi.

Berkenaan senarai filem yang bakal ditayangkan, pihak GSC sedang menjalankan beberapa pemilihan juga penapisan filem. Mereka bakal mengumumkan senarai filem dalam masa terdekat di laman media sosial rasmi mereka. Namun, pihaknya telah memberi bayangan beberapa filem seperti Blackpink The Movie, No Time To Die, Free Guy dan beberapa lagi. 

Berbual mengenai strategi pemasaran baharu apabila GSC secara rasminya telah menjadi pemilik kepada pawagam MBO, pihaknya yakin ini akan mampu mengukuhkan lagi kedudukan GSC sebagai antara pawagam terbesar Malaysia. 

“Pawagam ini akan melengkapi rangkaian jenama kami yang semestinya akan membantu membangunkan semula industri selepas pandemik.

“Pihak kami akan melakukan penjenamaan semula pawagam MBO kepada GSC termasuklah proses ubah suai yang mencerminkan jenama kami. Kami sangat yakin pemerolehan pawagam MBO akan membantu memajukan GSC dengan pembaharuan yang lebih inovatif dan canggih. Penonton akan dapat menikmati pengalaman yang menyenangkan menonton filem di premis kami,” kata Sharmine.

Selain pawagam, antara aktiviti yang dibenarkan untuk beroperasi termasuklah penyiaran siaran langsung , indoor busking (persembahan pemuzik jalanan di tempat tertutup), pameran seni di galeri seni, muzium secara temu janji serta persembahan seni teater. - Getaran, 9 September 2021

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN