Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Karyawan Filem Sambut Baik Keputusan Kerajaan Benarkan Panggung Dibuka

Pengumuman kerajaan membenarkan panggung dibuka dengan kapasiti 50 peratus memberi kelegaan buat karyawan dan penggiat filem kerana ia bukan sahaja akan menghidupkan semula industri perfileman tetapi mereka juga akan dapat bekerja semula. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 5:08PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karyawan dan penggiat filem menyambut baik keputusan kerajaan untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif yang memiliki lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja. 

Semalam, kerajaan mengumumkan bahawa penggambaran di dalam dan di luar studio serta aktiviti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam telah pun dibenarkan kepada individu yang telah lengkap divaksin. 

Biarpun kelonggaran ini tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan hanya memberi kebenaran individu dan penggiat industri kreatif yang telah lengkap menerima dua dos vaksin, ia nyata memberi kelegaan buat karyawan dan penggiat industri kreatif tempatan. 

Dengan kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat memberi peluang kepada karyawan dan penggiat seni untuk bekerja serta menghidupkan semula industri perfileman yang hampir lumpuh berikutan COVID-19. 

Penerbit Eksekutif Infinitus Productions, Gayatri Su-lin Pillai berkata, pengumuman yang dibuat kerajaan itu adalah perkembangan yang cukup baik. 

Gayatri. Gambar: Instagram @gayapillai
Gayatri. Gambar: Instagram @gayapillai

“Industri perfileman terjejas teruk  disebabkan COVID-19.  Sememangnya ini berita yang sangat kami nanti-nantikan.

“Apabila sinema dibuka semula dan penggambaran dibenarkan, ia akan menjamin banyak peluang pekerjaan. Ia adalah suatu yang positif. 

“Dengan kapasiti penonton sebanyak 50 peratus ini, ia juga menandakan bahawa kita perlu hidup bersama endemik ini. Kita harus membiasakannya. Saya harap penonton juga mempunyai sentimen yang sama. 

“Kita juga harap selepas ini panggung tidak akan ditutup semula dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mengembalikan keyakinan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta memastikan tidak wujud kluster industri kreatif. 

Disebabkan pandemik Covid-19 menyerang dunia sejak tahun lalu, Gayatri berkata, pihaknya juga terpaksa menayangkan  J2: J Retribusi yang merupakan sekual kepada J Revolusi menerusi platform Disney+ pada Jun lalu. 

“Filem ini sudah siap dua tahun lalu. Kita terpaksa tayang di Disney+ apabila panggung tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1, 2 dan 3.  Kini, kami dalam proses menghasilkan J3,” katanya. 

Produser dan pengarah filem Aziz M Osman juga menganggap bahawa keputusan kerajaan membenarkan semula panggung dibuka adalah suatu yang baik buat industri. 

“Cuma, keyakinan orang untuk kembali ke panggung sahaja yang masih menjadi persoalan dan tanda-tanya kerana rata-rata masyarakat masih paranoid dengan COVID-19. 

“Jadi, sudah tentu untuk mengembalikan keyakinan mereka menonton wayang di panggung akan memakan masa yang agak panjang. Janganlah nanti, bila panggung sudah dibuka semula tetapi tiada penonton, kita akan melabel filem dan panggung sudah tiada masa depan. 

“Perkara ini terjadi waktu panggung dibuka selepas PKP pertama dan sebagai peminat filem, waktu itu saya sempat menonton lapan filem yang ditayangkan di panggung. Namun, panggung ketika itu penuh dengan bangku kosong. 

“Panggung-panggung yang dibuka di luar negara seperti di Singapura sudah penuh kerana mereka sudah melalui fasa endemik. Jadi, mereka sudah dapat hidup normal seperti dahulu. 

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, Mejar David Teo berpendapat, pengumuman yang dibuat kerajaan itu merupakan berita yang baik tetapi pada waktu yang sama ada kurang baiknya.

David Teo. Gambar: Instagram @davidteo99
David Teo. Gambar: Instagram @davidteo99

“Dengan kapasiti sebanyak 50 peratus yang dibenarkan untuk panggung beroperasi semula, sukar bagi pihak prouser untuk mendapat jumlah kutipan tayangan filem seperti dahulu. 

“Kos produksi pembikinan filem sekarang tinggi. Bagi produser yang buat filem dengan bajet tinggi, pasti ini menyukarkan mereka untuk mendapat pulangan setimpal.

“Produser juga tidak memperolehi pendapatan yang banyak menerusi filem dari panggung yang ditayangkan di TV sebab TV juga tidak punya bajet untuk bayar tinggi. Pendapatan menerusi DVD juga sudah tidak ada kerana bisnes DVD sudah pupus. Walaupun ada platform baharu seperti OTT, bajet mereka juga sedikit. 

“Jadi, ramai produser belum bersedia untuk buat filem pada masa ini dan kalau ada pun filem yang ditayangkan di panggung selepas ini, kebanyakannya yang sedang beratur menunggu tayangan di panggung,” katanya.

Jelas David lagi, atas sebab itulah syarikat produksinya mengambil keputusan untuk menumpukan bisnes mereka terhadap pemasaran dan pengedaran filem orang lain. 

“Saya buat filem untuk dapatkan kutipan. Jika risiko yang perlu saya tanggung adalah 99 peratus berbanding 1 peratus keuntungan, saya tidak akan buat filem. 

“Pada masa ini pun, masih ramai lagi yang takut untuk menonton wayang di pawagam kerana faktor tidak dllengkapi dengan dua dos vaksin terutama sekali jika ia melibatkan tontonan sekeluarga. 

“Hanya mereka yang berani sahaja akan ke panggung untuk menonton wayang dan sudah tentulah mereka ini dalam kalangan generasi muda,” katanya. 

Pengarah filem Syafiq Yusof pula memanjatkan kesyukuran apabila kerajaan mengumumkan bahawa panggung sudah dibenarkan beroperasi semula. 

“Walaupun ia masih belum dibuka sepenuhnya, bagi saya ia suatu progres yang cukup baik kerana filem sudah boleh ditayangkan dan semua yang terlibat di dalam industri perfileman sudah boleh kembali bekerja semula. 

Syafiq Yusof. Gambar: NSTP
Syafiq Yusof. Gambar: NSTP

“Kita harap keadaan semakin pulih supaya panggung dapat beroperasi sepenuhnya. Soal kebenaran membuat penggambaran, ini memang sangat kami nanti-nantikan," katanya.  

Menurut Syafiq lagi, Skop Productions ada dua filem yang sudah siap sepenuhnya tetapi belum ditayangkan iaitu Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3, usaha sama  dengan Astro Shaw. 

“Walaupun panggung sudah dibuka, kami tidak mahu terburu-buru menayang dua filem ini ini kerana mahu kaji pasaran dan tingkah lagu pengguna terlebih dahulu. Ia hanya akan menemui penonton pada masa yang sesuai.  

“Pada waktu sama, Skop Productions sudah menyiapkan supertele Penunggan Agama untuk Astro First yang akan ditayangkan pada penghujung Oktober. Mujurlah ada platform seperti Astro First dan OTT, jika tidak mungkin sakit juga untuk bertahan pada waktu yang sukar ini,” katanya. 

Bagi produser dan pengarah filem Mamat Khalid pula, keputusan kerajaan membenarkan panggung dibuka semula adalah tepat pada waktunya. 

Mamat Khalid. Gambar: NSTP
Mamat Khalid. Gambar: NSTP

“Namun hasil daripada itu, kita yang menonton pula harus jujur dan taat untuk mematuhi pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

“Apabila panggung dibuka, bererti kita dalam persediaan untuk melalui fasa endemik dan pada waktu ini harus dipastikan kita dapat menjaga SOP supaya tiada peningkatan kes kali ini.

“Kapasiti  50 peratus ditetapkan kerajaan untuk mebenarkan panggung beroperasi semula sedikit-sebanyak boleh mengurangkan keuntungan filem yang dirasakan boleh mendapatkan kutipan yang banyak. 

“Tapi, dalam waktu sekarang, kalau dapat tayang filem di panggung pun, ia sudah dikira suatu pencapaian yang positif. Ia lebih baik daripada jumlah 30 peratus yang dibenarkan untuk pemain industri kreatif yang lain. 

“Sama ada ada orang mahu tonton filem atau tidak, itu hak masing-masing. Yang penting, ruang ini sudah disediakan dengan syarat kita harus mematuhi SOP,” katanya. - Getaran, 8 September 2021.
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 3 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran