web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Dan Shopee Bekerjasama Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Secara kasarnya seperti tidak padan, namun teruskan membaca untuk mengetahui apakah bentuk kerjasama platform e-dagang, Shopee bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 9:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform e-dagang, Shopee dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjalin kerjasama unik sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Shopee dalam kenyataan memaklumkan menerusi beberapa inisiatif, kerjasama itu bertujuan untuk menanam rasa cinta dan penghargaan yang lebih dalam kepada negara dan mempromosikan perpaduan ketika negara merayakan Hari Kebangsaan di tengah-tengah pandemik.

Menurut Shopee, kerjasama itu bermula dengan tayangan ‘Dari Merdeka ke Malaysia’, iaitu siri dokumentari bersejarah yang memaparkan perjalanan negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bersama dengan warisan dan budaya rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang berkata mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan Finas dan diberikan peluang untuk menayangkan dokumentari mengenai struktur sejarah Malaysia yang akan disiarkan secara penstriman langsung menerusi Shopee Live pukul 9.30 malam pada 30 dan 31 Ogos serta 6, 7, 13, 14 dan 16 Sept ini.

“Dokumentari ‘Dari Merdeka ke Malaysia’ ini memaparkan perkara paling penting - perpaduan dan ketabahan - terutama pada masa-masa sukar ini. Shopee ingin menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam meraikan komuniti peniaga tempatan, Shopee juga akan membuat pengambilalihan laman Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-Ecommerce yang dinamakan #ShopeeSapotLokal masing-masing pada 31 Ogos dan 16 Sept.

“Rakyat Malaysia akan menerima baucar lebih besar yang menawarkan diskaun hingga 31 peratus apabila membuat pembelian daripada peniaga Malaysia pada dua hari berkenaan,” menurut Shopee.

Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang dan penyanyi rap Kayda Aziz
Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang dan penyanyi rap Kayda Aziz

Pada masa sama, Shopee akan melancarkan video muzik animasi Hari Kebangsaan yang akan memaparkan enam penjual tempatan dan perjalanan e-dagang mereka di Shopee. Lirik untuk video muzik itu ditulis dan akan dipersembahkan oleh penyanyi rap Malaysia Kayda Aziz.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata Finas selalu berusaha untuk mempromosi, memupuk dan membantu pembangunan industri filem tempatan.

“Kerjasama strategik dengan Shopee membolehkan kami mengukuhkan strategi pembangunan kapasiti dengan pembuat filem baharu dan mempelbagaikan penonton dalam platform itu,” katanya.

Inisiatif ‘Dari Merdeka ke Malaysia’ dan #ShopeeSapotLokal adalah sebahagian daripada 9.9 Super Shopping Day yang sedang berlangsung hingga 9 Sept iaitu pembeli boleh menebus penghantaran percuma dan baucar pulangan tunai syiling 99 peratus, kedua-duanya tanpa perbelanjaan minimum.

Pengguna juga berpeluang memenangi Mercedes-Benz jenama baharu dengan menyertai peraduan Play & Win Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.

Untuk maklumat dan tawaran lebih lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/99. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...