web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon 'Ulek Mayang' Dirasuk, Kru Dengar Perempuan Menangis

Penggambaran 'Ulek Mayang' yang merupakan salah satu episod drama Malaysian Ghost Stories diganggu dengan kejadian misteri dan menakutkan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:36AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit Arie Zaharie tidak pernah menyangka penggambaran drama genre seram terbaharunya yang bercerita tentang tarian Ulek Mayang berhadapan dengan beberapa insiden  menyeramkan. 

Penggambaran yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Perak itu menyaksikan kejadian mistik apabila lima individu termasuklah kru, pelakon dan penari diganggu oleh entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Hari pertama penggambaran, salah seorang pelakonnya iaitu Neera Azizi diganggu makhluk halus ketika sedang melakonkan babak di tepi pantai. Tujuh lelaki terpaksa memegang badan Neera yang meracau dan seorang ustaz dipanggil untuk mengubati pelakon itu yang kerasukan.

Ketika dibacakan ayat dan potongan surah dari al-Quran, Neera bertindak menumbuk ustaz tersebut namun mujurlah keadaan berjaya dikawal serta merta.

“Saya tiba-tiba rasa sedih dan asyik nak menangis. Saya tak pasti apa sebabnya. Selepas berubat dengan ustaz, badan saya sakit seolah-olah baharu sahaja selesai bersenam di gim. Selepas ini, saya mungkin akan berjaga-jaga jika diminta melakonkan watak seram termasuklah memperbanyakkan berdoa agar tidak lemah semangat,” ceritanya kepada Getaran baru-baru ini. 

Tidak hanya Neera, Didi Astillah juga menghadapi situasi di mana sebaik sahaja hari memasuki senja, tangannya akan terketar-ketar. Ketika ustaz membacakan ayat al- Quran, tengkuknya terasa panas dan berasa mahu menangis tanpa sebab yang jelas.

“Ada satu babak di mana saya dan Ara Johari berjalan bersama-sama di koridor. Waktu itu, kamera sedang merakamkan babak ini. Tiba-tiba saya dan Ara terdengar bunyi loceng gelang kaki tak jauh dari kami. Sedangkan hanya kami berdua sahaja di situ. Lebih pelik apabila orang lain tidak dengar bunyi itu," kata Didi. 

Ditanya apakah antara punca yang menyebabkan berlakunya kejadian sebegini, Arie berkata mungkin kerana lagu 'Ulek Mayang' yang dipasang sepanjang siang. Maklumlah, kadangkala pelakon akan berlatih menari dengan kostum.

Menurut Arie, mungkin lagu itu mempunyai unsur memuja atau menyeru semangat yang tidak sepatutnya datang ke set penggambaran terbabit. 

Namun begitu, menjelang malam, mereka tidak memasang lagu itu secara penuh melainkan hanya memperdengarkan beberapa bahagian yang sudah dipilih dan dipotong. Bukan itu sahaja, penduduk sekitar kawasan itu juga ada bercerita bahawa terdapat sebuah pulau tidak jauh dari lokasi penggambaran dikatakan tempat tinggal ‘puteri’ dari alam berbeza.

"Macam-macam berlaku. Antaranya suara wanita menangis dirakam audio ketika kerja penyuntingan dijalankan.

"Apa pun, saya bersyukur meski berdepan pelbagai cabaran, penggambaran 'Ulek Mayang' yang menjadi salah satu episod drama 'Malaysian Ghost Stories' berjaya diselesaikan," kata Arie. 

'Malaysian Ghost Stories' menampilkan beberapa kisah  misteri dan makhluk halus popular dalam kalangan masyarakat nusantara seperti Nenek Hostel, Hantu Kum Kum, Hantu Raya, Hantu Air, Balan-Balan, Ulek Mayang, Pelesit, Pocong dan lain-lain. 

Siri ini bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis bermula 25 Ogos ini pada jam 11 malam di saluran 104 Astro Ria atau di Astro Go.

Sumber foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa