web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Belaban Hidup' Di Astro First Sempena Hari Kebangsaan

Filem Iban karya Misha Minut dan suaminya, Ray Lee yang merangkul 20 anugerah antarabangsa ini merupakan satu lagi cara untuk rakyat Malaysia menghayati semangat hidup dalam kepelbagaian budaya dan bangsa.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Hari Kebangsaan kini semakin hampir dan Astro First akan menayangkan sebuah filem seram Malaysia yang telah merangkul pelbagai anugerah iaitu Belaban Hidup: Infeksi Zombie bermula 28 Ogos ini. 

Filem hasil penulisan dan diterbitkan pengarah filem wanita Iban, Misha Minut Panggau, 50, bersama suaminya yang juga seorang penerbit filem, Ray Lee, merupakan satu lagi cara untuk rakyat Malaysia menghayati semangat hidup dalam kepelbagaian budaya dan bangsa.

Filem ini berkisarkan satu kumpulan anak-anak yatim yang telah ditangkap saintis jahat bagi menjadi bahan ujian ini, merupakan filem pertama menampilkan masyarakat dan berbahasa Iban Sarawak.

Disiapkan pada 2019, filem itu telahpun memenangi 20 anugerah daripada 10 negara termasuk ‘Official Selection’ di Festival Filem Seram Macabro Mexico dan Festival Filem Native Spirit (United Kingdom) pada 31 Julai, serta Festival Filem Hebat Antarabangsa Yubari (Jepun) pada 20 Ogos.

“Pengiktirafan ini amat bermakna untuk saya. Kritikan sentiasa ada, tetapi (saya percaya) selagi saya mendapat keredaan dan petunjuknya, semuanya akan berjalan mengikut perancangan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, disebabkan tanggapan berkaitan gender dan latar belakangnya yang berasal dari sebuah rumah panjang di Limbang Sarawak, ramai sering mempertikaikan keupayaannya.

Namun, demi kecintaannya terhadap pembuatan filem penerbit pertama berbangsa Dayak itu, kekal tabah dan tidak mengendahkan kritikan demi mencapai cita-citanya.

Misha, yang menjadikan pelakon dan pengarah Mell Gibson sebagai salah seorang idolanya berkata, beliau suka membuat sesuatu yang berbeza, sebab itulah beliau menampilkan masyarakat Dayak Laut (Iban) dalam filemnya itu.

“Hanya terdapat beberapa filem sahaja yang dihasilkan berkaitan budaya dan komuniti Sarawak seperti Cinta Gadis Rimba (1958), Sleeping Dictionary (2003), Kanang Anak Langkau (2017) dan Peransang Rentap (2017).

“Disebabkan ini, saya fikir kenapa saya tidak lakukannya dan bawa ke dalam pasaran, pada masa yang sama mempromosikan Sarawak dan Malaysia kepada pembuat filem antarabangsa. Jadi saya akan terus buat filem seperti ini pada masa hadapan,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.

Gambar: Bernama.com
Gambar: Bernama.com

Namun demikian, walaupun beliau suka menghasilkan sesuatu yang kreatif, kadang-kala mendapatkan dana daripada syarikat korporat adalah sukar, kerana secara relatifnya beliau seorang penerbit filem baharu.

“Ada yang mengatakan saya bukanlah satu nama besar dalam industri dan ada pula yang mengatakan filem etnik ini pasarannya kecil, dan tidak mampu untuk bersaing.

“Saya berharap pengiktirafan yang telah saya terima akan mengubah persepsi ini dan memberikan impak bahawa, pengamal dan pembuat filem di Borneo ini tidak boleh dipandang rendah,”  kata Misha yang bermula dengan penghasilan filem selepas menjadi pelakon tambahan dan pembantu penerbit untuk sebuah rancangan TV tempatan ‘Bibikku Maduku’ dan ‘Bollywood Express’.

Sementara itu Lee, yang mengarahkan filem Belaban Hidup itu berkata, penerbit Dayak sukar mendapat tempat dalam industri tempatan kerana tidak ramai yang percaya bahawa filem dengan bahasa minoriti mampu memberikan pulangan yang baik.

Ray Lee  Gambar: Rayleeproducer.blogspot.com
Ray Lee Gambar: Rayleeproducer.blogspot.com

“Namun pada zaman ini, ramai rakyat Malaysia yang menonton filem Korea, China, Jepun, Sepanyol, Perancis, Mayan, Thailand, Turki dan Latin di Netflix, jadi kenapa tidak kepada filem dalam bahasa Iban?

“Dunia sedang menonton filem kita dan berikan kami sokongan dan anugerah yang banyak. Oleh sebab itu jika kita mampu mengubah persepsi dan menghasilkan kesedaran ini, kita akan mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN